Menu

Showing posts with label Aku dan. Show all posts
Showing posts with label Aku dan. Show all posts

15 June 2009

Komunismu, Kerajaan Kita dan Generasiku

Chin PengTengah aku cari gambar nak letak kat post ni, sorang roomate aku datang nak borak2, jd aku amik kesempatam utk tanya. Umurnya sebaya dgn aku. Sudah 21 tahun hidup di bumi Malaysia. Sama macam aku.

Aku mula tanya,
"Apa ko tau pasal komunis?"
"Komunis tu tentera Jepun eh?" jawabnya atau tanyanya.

Aku yg bertanya aku disoal balik. Aku tak respon pa pe dgn jawapan dia.biar dia fikir dulu mungkin nak betulkan jawapan.jadi aku teruskan ngadap laptop.previu beberapa gambar komunis dgn harapan mungkin dia teringat sesuatu dan betulkan jawapan dia. tapi tidak.

Aku tanya lagi...
"ko tau tak sape tu chin peng?"
"tu..aa..ketua komunis kan?"

ya..tau pulak dia.kenapa aku post pasal komunis ni? aku nak jd ahli politik ke? bukan.aku geram.aku tak puas hati. korang ada dengar berita pasal ura2 chin peng nak balik Malaysia kan? kecoh la itu ini. klu korg prasan, sbelum2 ni xde pun kat tv sebok nak siarkan rancangan pasal patriotisme, smua drama jiwang melayu, cerita ko rampas awek aku aku blasah ko, crita hantu, crita kartun, rancangan bodoh2, crita indon, smua crita yg buat kita makin dungu dan lupa dgn sejarah dan peribadi negara. klu nak ade pun ko tunggu la 31ogos, waktu tu baru sebok nak tayang hipokrit konon cintakan tanah air. lagu merdeka sudirman tu tak tukar2 sampai skrg. ntah ape la yg ada dlm fikiran pemimpin kita.

yang ahli politik pulak sebok ko maki aku, aku maki ko. aku nak menang aku bayar ko, ko nak hidup ko rasuah aku, ko nak cepat naik, bodek aku, ko nak kontrak, jadi kroni aku, aku nak jawatan, aku fitnah dia, aku ada rakyat, aku ada duit. smua sebok dgn kepentingan peribadi. keutamaan pada rakyat hanya canangan. biar rakyat mengharap, biar rakyat percaya, asalkan aku atas kerusi tinggi.

pastu, brita ura2 chin peng nak masuk Malaysia. semua mula nak terngadah. nak tunjuk aku pentingkan rakyat. aku kenang jasa pahlawan. aku hargai erti kemerdekaan. aku sokong patriotisme. baru la nak tunjuk interviu dgn mangsa-mangsa keganasan komunis. baru la nak sebok kenalkan apa itu komunis. kawan aku yg dah berumur 21tahun tak kenal komunis, apa yg media buat sampai 21 tahun langsung xde pengetahuan tentang komunis dihebahkan.kenapa ada komunis nak datang baru kita nak bgtau rakyat yg komunis tu bahaya, jahat, kejam dll. kalau betul ko patriotik, sayangkan negara, hargai kemerdekaan, tunjuk la setiap masa.jgn la sekadar nak meraih hati rakyat. ohh..pemimpin kita cintakan negara. ye la tu.. skrang dah tak brape dgr dah pemimpin2 ckp pasal patriotik. 1 Malaysia konon. oi..jgn hangat2 taik ayam la.

+Baca Lagi...


sesape yg pegang kementerian penerangan, mula la dari sekarang, daripada siarkan drama cintan yg tah ape2, movie barat yg mempengaruh remaja, movie bodoh yg buat kita makin dungu, baik siarkan semula cerita-cerita dan dokumentari tentang patriotisme. contohnya movie leftenan adnan, sarjan hassan, dan peristiwa bukit kepong.pasal movie tu, kalau ko dah xde salinan video tu, cari je kat torrent atau rapidshare, lagi ramai org patriotik daripada ko, dorg share movie tu kat internet..

aku sambung tanya lagi kawan aku.
"ko tau peristiwa bukit kepong?"
"bukit kepong tu kat mana?"

dah..aku xnak tanya dah.buta.tuli.tak amik tahu hal sejarah.aku harap ko baca blog aku ni.sedar la skit. aku xbangkang ko nak siarkan cerita P.Ramlee yg lama2, siarkan, biar rakyat kenal hasil seniman negara. aku xkisah ko nak tayang crita barat, aku xsanggah ko nak berjiwang karat dgn drama cintan, aku xamik kisah ko nak berucap berapi-api bagi harapan pada rakyat,tapi jgn la ko abaikan sejarah negara. ingat la kita pernah dijajah dulu.jgn sampai komunis dah jajah semula baru la ko nak bagitau rakyat dan anak2 ko apa itu komunis. dah terlambat. ko la, ahli politik dan org yg berkuasa pada media dan negara.ko la kena bertindak. aku penulis blog. aku ingatkan melalui cara aku. kalau cara aku kasar, baik ko terima je sbelum komunis yg jauh lagi kejam menjajah kita.

itu baru sebut pasal komunis, tak sebut lagi pasal jepun, british, zaman2 portugis dulu. klu sebut ntah ternganga korang. yang ahli politik lantang sgt bercakap pasal patriotik tu, ko memang tau atau ko baca teks org buatkan? muhasabah la diri eh. sama2 kita beringat.

ingatkan rakyat tentang patriotisme sama seperti ko ingatkan rakyat undi mengundi ko. sedarkan rakyat tentang kepentingan patriotisme sama macam ko bagitau rakyat kelebihan ko jika jadi pemimpin. canangkan, hebahkan, berterusan dan berpanjangan.

baru la ko layak sorak 1 Malaysia, baru ko layak cakap Malaysia Boleh, baru ko layak jadi pemimpin rakyat Malaysia. aku sayang Malaysia.

11 June 2009

Husz, macam mana nak belajar komputer?


sesuai ke tajuk post ni? boleh la.kadang2 ade jgk org tanye aku soalan macam ni atau lebih kurang mcm ni. tau ape jawapan aku.sesetengah org dah tau. aku akan jawab, mula2 kena ada minat. itu yg paling penting. klu xde minat jadi mcm hangat2 taik ayam. xnak mcm tu, kte nak mcm hangat2 taik unta, unta berak kat padang pasir, tetap panas bila kena matahari.heheh.menjijikan blog aku je. gitu lah perumpamaannya.

kenapa eh aku jawab perlu ada minat? sila terangkan encik husz.

+Beginilah ceritanya...

Bila someone tanya aku soalan mcm tu, aku akan tengok dulu, dia tanya ni sbb ape. ada org tanye sbb betul2 minat.kadang2 lepas aku handle satu2 majlis (jadi technician jd laptop) ada gak yg tanya, mungkin sbb nak jgk merasa dok depan tu, kononnya nmpak macho.ada gak tanye sbb nak tunjuk terer kat kawan atau awek.ada gak tanye sbb saje2.ape pun sbb soalan tu wujud, aku tetap jawab, kena ada minat.

apa jadi kalau xde minat? ko akan blajar sparuh jalan. ko akan stop bila dah dpt apa yg ko nak je.mcm aku, aku minat komputer secara umumnya, jujurnya, xde la smua benda aku tau. web2 ngan software2 aku tau skit, bab programming aku xtau, jd aku cari kwn utk ajar.aku g library pinjam buku.atas inisiatif sendiri.tak semestinya perlu masuk klas komputer.bila ada minat, kita akan cuba utk dapatkan.bak kata org, nak seribu daya.

kalau ada org minat nak blajar, aku pun minat nak mengajar, klu ada org sudi mengajar, aku pun nak sgt2 belajar.org xnak ajar pun nak jgk aku curi2 tengok mcm mana someone buat something.aku pernah handle bengkel web n blog kat skolah aku, dan bengkel blog kat matrik uia, penyertaan adalah percuma dan sukarela. ramai gak yang masuk.kat situ aku dah bleh nmpak kesungguhan dan minat yg ada. waktu bengkel tu klu betul2 fokus, tanya itu ini, salah mcm2 dia edit itu ini, MINAT la tu. kalau waktu bengkel tu, cek2 emel, main frindster , myspace, facebook, chat ym, TAK MINAT la tu.

conclusion, tanamkan la minat dlm apa jua yg kita buat, baru akan jadi sungguh2.nsihat ni utk diri aku juga.dan tak khusus utk bidang komputer saja. apa saja...

24 May 2009

Being ignored because we're very ignorance

hey..somebody ignoring you? you are being ignored for a certain period? being ignored since something happen? bestfriends ignore you? friend dont bother anything about you?or anybody else doesn't interested in anything about you?

huh? what? why? who? them? ........ nope... it is YOU.

why me?

+let me tell you...

i like to explain anything in exampling method. let we put it this way, a friend, when he/she ignores you, and you realized it, it means he wanted you to know something or to understand something that he could not explain it to you. either he doesnt not have words to describe it or he too mad/not comfortable with you.

maybe you hurt him/her once, maybe you ignored him too much or anything else. you need to find it.

in real cases, i had a friend once, he never bothered what i said, he ignored everything i told him, he never listen to my advice, and hurting me without even care what i felt. then i started to ignore him. he keep doing the same thing, either he never realized or pretending. i keep ignoring him. hopefully, hope...full-ly, fully hope, please understand.

huh? what do you think ?

13 April 2009

oi..update la blog hang

buka ym ade je yg bising.suruh update blog.appara.! aku punye blog la.bising pulak.hehe.gurau je kawan.apa gunanya blog klu xde pembaca ye tak.kat ym aku tu kan, masuk je msti berterabut (berterabur+berserabut) offline msg, dgn tazkirahnye, iklannye, spammnye. cuba korg tengok list ym aku tu.tu aku view online contact saje, tapi still kena skrol banyak lagi.kalau view yg offline skali, pergghh..banyak siot.bkn nak riak aku ni glamer (boleh gak la riak skit eh.snif snif), org yg xkenal pun main add je, bkn nak chat pun.ada aritu aku buat blog pasal komputer, ramai gak add sbb nak tanya satu soalan je, pastu menghilang dah.aku pun xtau nak delete contact yg mana satu.haiya.

pasal update blog ni kan, banyak benda aku nak tulis sbenarnya.pasal exam, pasal projek aku skrg, pasal manusia xkenang budi, pasal skolah aku, pasal projek waktu cuti, pasal shortsem.haa.banyak lagi.banyak kan? kan?

ye..banyak..dan skrg pun aku tgh ada projek. nak tau ape dia? baca la lagi...

+baca la..lagi skit je.


skrang ni aku tengah buat apa? aduhh..terharu aku..concern betul korg nak tau aku buat apa eh.baik la..sbagai meghargai kerajinan korg baca sampai ke sini, aku bagitau jugak la.

Portal SMK Agama Baling

sebenarnya aku skrg tgh siap kan portal sekolah aku.simple2 je dulu.kata ckgu aku nak masuk pertandingan. ni atas ni banner dia.aku sedang muatkan beberapa modul yg aku amik dari cms lain dan ported (suaikan) kan ke phpnuke.banyak gak aku gain skil bila siapkan satu2 projek tu.

Forum IIUMBLOGGERS.com
another projek yg dah siap, ari tu aku buat forum utk iiumbloggers.com .lama gak bertangguh tu sbb host xcukup space.last2 jadi jgk. alhamdulillah.

dan utk waktu cuti ni aku akan ke sekolah pulak utk lengkapkan portal skolah tu dan bina portal elearning pulak.waduh..penat gak katanya database lama dah rosak.xpe.tengok dulu mcm mana nnti.kang ade pa pe aku post lagi.

shortsem? aku ada projek sendiri.nnti aku inform kat blog jgk.hehe.see ya.!

(oi org yg bising pasal aku xupdate blog, ni aku dah update la.keh keh)



25 March 2009

Adakah buat pau = masak pau.

Gambar ini ada kena mengena dengan yang hidup pada tarikh post ini dimasukkan. iaitu pakcik kat kafe lot 4 uia kuantan.

aku amik gmbar ni sbenarnya nak tambah gambar kat post aku yang ni. tp dah aku kurang berkesempatan nak update blog skrg, jd aku letakkan la sbagai autopost je.

mulanya pakcik ni xprasan, aku snap satu tp xjelas.jadi aku dekatkan lagi, snap.! dia tengok pulak.ok la tu.nasib baik dia tak minta royalti pa pe.sbagai krdit, aku promote skit eh.Lot4 ni popular dgn masakan panas sbb kafe lain slalu buat masakan panas malam je..tp lot4 jadikan masakan panas sebagai sajian utama.nasi ayam mama pun sedap.dan lagi satu, sbagai langkah mmboikot israel, lot4 mengambil langkah kreatif menukarkan nama Nasi Goreng USA kepada nasi Goreng UIA.hebatkan.
*pakcik, saya dah promote..no royalty for this picture aa..*

adakah pakcik ni sedang membuat pau? atau memasak pau? terang lagi bersuluh aku lihat pakcik ni keluarkan pau dari bungkusan plastik dan hanya mengukurnya di dalam rak tu.oh..memasak tidak sama dgn membuat.

ada apa pada pau?

08 March 2009

Aku dan ketakutan pada kren.

haha.tajuk post ni pun korang dah tau kan.ni saja leisure post je.nak kongsi skit.aku sebenarnya bkn takut pun pada kren.apa nak takut kan.hehe.tapi..ada satu perasaan risau je tiap kali lalu kawasan kren.ntah la.nape eh..biar aku explain skit prasaan tu.mungkin korang pun sama.heheh.

cenggini lah citernye, kren tu tinggi (waktu dier expand) mcm kat gambar tu.aku snap kat blok uia yg sedang dibina.tinggi woo..korang tengok la blok tu 6 floors tp kren tu 2 kali ganda lagi tinggi.aku risau kalau kren tu terbalik.haa..tu la masalahnya.

aku tau aku budak fizik,math. aku tau kren tu dicipta dengan penuh kestabilan. aku tau aku kena terima hukum fizik bahawa kalau stabil tu maknanya stabil la. aku tau kalau dorang tak pasti stabil ke tak, dorang tak kan naikkan setinggi tu. aku tau.aku tau,jgn nak bagitau aku.aku tau semua tu.

tapi, kemungkinan juga ada kan? betul tak? haa..'mungkin' itu la yg merisaukan aku. mungkin tanah kat kaki kren tu ada yg xmendap. mungkin ade lock yg dah lus. mungkin angin yg kuat kat atas tu bertiup lain macam.mungkin pengendali dia tersilap perkiraan. mungkin beban yg diangkat xkena dengan sudut yg diambil. mungkin itu..mungkin itu...haa..risau tau...

kalau takut terbang, orang panggil Aerophobia, kalau takut labah2 org panggil Arachnophobia kalau takut ruang kecil orang panggil Claustrophobia, kalau takut (bukan takut la!!!) kren orang panggil ape eh.aku panggil ni lah, Krenophobia .haha.ok tak? actually aku ni jenis berperasangka over la.buruk ke baik tu? kalau jalan tepi jalan, aku akan sentiasa perhati kereta dari depan, takut kalau2 kereta tu terpesong naik atas divider, web pulak, aku sentiasa rasa nak backup takut ape2 terjadi. cenggitulah aku punya kerisauan.sape2 ada nama khas utk phobia aku ni, sila la bagitau eh.

oh..aku..

04 March 2009

Aku dan hari yang mengecewakan.


hari ni, exam linear algebra. hah. cit porrraahh.! susahhhh.....siott..! rase mcm sia2 pulak stdy.uh.xpe husz.betulkan niat itu.tp mmg susah td.abeh je exam smua kecoh.yg nak meniru pun xjadi tiru sbb org yg nak ditiru pun mencari orang utk dia tiru.aku jgk termasuk dikalangan itu.arggh..frust.!

abeh tu..cakap pasal exam, nape letak gmbar kat sbelah ni? laa..ni kan blog aku, lg mau ckp ke? hehe.xdela.aku nak tulis pasal exam tp xkan la waktu exam nak snap gmbar paper exam pulak ye tak?

gmbar ni aku snap ngan camera wktu on da way balik exam.aku saje bw sbb nak snap gmbar blok2 uia kuantan ni.nak submit kat google earth . dah beberapa gmbar yg aku submit dah di approve.klu korang rajin masuk la google earth cari uia kuantan.ada la yg aku submit.

hah.pasal gmbar kasut kat atas tu pulak.teman aku punye.langkah nya dah xteratur sbb fikiran kat bilik exam lagi.tak abeh kira lagi.maka kasut put tersangkut sesama sendiri.lalu begitulah hasilnya.begitulah ceritanya.hah.pandai pulak aku buat sinopsis.katanya sblum g klas nak pakai kasut baru beli smlm, tp hari ni ujan.kluar je bilik trus kena lopak.hahak.nasib baik.

mlm ni aku nak online lama2.biar otak aku penat siot2, pastu tdo, rehat, reset balik.hahah.esok kan lebih ceria.hahak.hopefully.skrg aku dpt assignment dari cikgu skolah lama aku utk buat portal skolah.

cakap pasal google earth td kan, ni aku amik snapshot dari google earth. gmbar ni menunjukkan uia kuantan yg dalam pembinaan.google xrefrash cache dorg lama sgt dah.nasib baik ada jgk nmpak rupa2 blok yg sedang dibina.maka aku pun leh submit kat tempat yg betul.korg pun submit la jgk.ada jgk yg tanya aku cara nak submit tu.karang ada masa aku tulis tutorial eh.

klu korang nak tengok live map uia, KLIK SINI.

ha.korg klu nak cadangkan aku tulis pa pe, cadangkan la kat ruang Any Suggestion tu.kat sidebar tu.skrol bwh skit.ok eh.tu je kot.
chow.!

28 January 2009

Aku dan SET 1

Set 1 ? apa itu? itulah panggilan utk set Dunkin Donuts yg aku tgh makan. dapat 2 donat dan 1 cawan kopi. er..dunkin termasuk dlm pelabur Israel tak?

aku tgh lepak kat petronas sg.besi. menunggu sebuah kenderaan pick me up.hari ni baru aku balik kuantan. aiya..manyak lewat.dah terlepas kelas utk arini. tak sengaja ma..apa yg kita rancang,tak semestinya itu yg berlaku. Dia yg tentukan.

utk penuhkan skit entry ni, aku citer la skit eh pasal tempa indah aku ni. Petronas sg.Besi.
kat sini, ada tempat isi minyak (of course la kan), pastu ada tempat isi angin tayar (ai..tu pun nak habaq ka), ada macD (boikot!!) , ada Dunkin (err..aa..). sebelah ngan highway sibuk, masuk simpang sbelah tu je sampai Astro, lajak skit sampai bukit jalil. aa..apa lagi eh..nak tau ape tanye la.hihi.

"aku cinta.woo..wo.woo...hanya engkau yg mampu, takhlukkan hatiku..." < petikan lagu yg aku sedang dgr.takde pa pe yg penting pun. =) see ya..!

16 January 2009

Aku dan sebuah mesin kiosk.

aku dan sebuah mesin kiosk. aku tidak mengerti kenapa aku post tentang ini. snap gambar ni pun guna hp je.semua ni gara-gara aku rasa seperti ada relation yg sgt rapat dengan mesin tersebut. Mengapa?

terus terang, post ini hanyalah untuk merapu, kepada yg masih setia membaca hingga perkataan INI, maka anda setia menerima rapuan aku.

mari aku kenalkan korg dengan mesin hebat ini, ia sezaman dengan mesin masa doremon, aku panggil mesin kiosk sbb memang namanya pun mesin kiosk.

fungsinya, pelbagai. sangat berjasa kepada student2 kampus.ia mampu melakukan kerja yg hebat kerana ia adalah gabungan beberapa devices yg mengkagumkan. ia ibarat serba boleh seperti inspektor gajet, canggih seperti robocop IV, mesra pengguna seperti Wonderpet dan pelbagai lagi.

Ia bekerja dengan setia, menanti di satu tempat saja tanpa jemu, siang dan malam, sejuk atau panas. aku kagum. aku kagum akan kebolehan mesin ini. ia sungguh hebat.

antara fungsi yg mampu dilakukan :-

1.membekalkan topup tak kira masa

2. melakukan tugasan mencetak gambar

3. membekalkan content hp yg sungguh menarik

hebat bukan?

tetapi, makin la aku mengagumi mesin ini, makin mengenali beliau, makin banyak kelemahan yg aku temui...oh mesin kiosk.

terima kasih atau kelemahan mu itu. (hanya aku dan segelintir masyarakat disekitar ku sahaja yg memahami)