Menu

Showing posts with label Craft. Show all posts
Showing posts with label Craft. Show all posts

19 March 2009

Buat bekas pensil menggunakan tin air minuman

Post kali ni aku nak citer skit mcm mana nak buat bekas pensil menggunakan tin air minuman.sgt mudah.korang bayangkan aku buat kraf di atas hanya di tepi jalan dekat dgn stesyen bas.aku minum air tu sbb penat bas rosak dlm perjalanan ke melaka, dah abeh minum, aku trus buat kat situ jgk sambil bercangkung melihat alam sekitar.indah sekali.heheh.

Baiklah.kita mula dgn sejarah kraf ni dulu.aku mula buat ni waktu skolah menengah.tak brapa pasti mcm mana datangnya idea ni.dah smpai satu tahap, ramai budak asrama yg buat jgk.sbb mudah dan enjoy.kreatif pulak tu.setiap petang boleh tengok kat komplek sukan skolah aku, ade je budak2 tgh gosok tin nak buat bekas pensil ni.budak2 smkab batch aku dan yg sewaktu dgnnya msti ingat2 lupa.lama dah.pemandangan yg dah xleh nmpak dah pada masa skrg sbb budak2 skrg tak kreatif + penyegan + suka membazir + malas buat aktivit luar.

OK.cara buat nya pulak.

+Baca Lagi...



1)ambil satu tin minuman.korg tau kan tin tu mcm mana, tak kira la air ape pun (*jgn kutip yg arak punya sudeh..),tin milo atau tin susu yg kat dapur korg tu xleh guna tau. pastu bersihkan dan lebih baik biar kering dulu.

2)step ni yg paling best kalau buat ramai2,korg gosokkan kepala tin tu kat permukaan kasar.dlm kes aku kat stesyen bas tu, aku gosok kat jalan tar je.kat komplek sukan pulak aku gosok kat simen court tu.kasar.kalau ada batu asah lagi bagus.bak kata band spider, gosok jgn tak gosok.korg gosok smpai keliling kepala tin tu haus dan lama2 penutup yg atas akan terputus dan korg boleh tanggalkan.mcm kat gmbar atas tu.

3)dah tertanggal penutup atas tu, korg gosok la skit tepi2 kepala tin tu, buang gerigis yg tajam2.pastu...siap.! nak lagi cantik, korg hias la pape kat tin tu.tampal ke, balut pa pe ke.utk contoh kat atas tu aku letak je kayu tu ibaratkan sbagai pensil la.

dah siap korg punya hand-made bekas pensil.best kan? utk permulaan korg cuba la sendiri, dah berjaya, ajak la penduduk kampung korg buat ramai2.berjemaah kan bagus.tp bagi yg gusi xtahan ngilu bunyi tin digosok tu, xyah la eh.hihi.yg best nya buat benda ni ialah, kalau tak sempat siap, boleh smbung gosok len kali.

Selamat Mencuba.!




16 March 2009

Kapal terbang kertas di kelas BM

Adakah ini sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam subjek Bahasa Melayu? Atau cikgu secara kreatifnya telah menyelitkan aktiviti ini ke dalam pengarannya untuk menarik tumpuan pelajar? Sungguh hebat.!

Kelas BM yang lalu, cikgu Fuziah telah membuat aktiviti praktikal di dalam kelas iaitu, membina kapal terbang kertas dan plan strateginya. Kumpulan aku dianggotai oleh 4 orang, terdiri daripada aku, Faisal, Danial dan Rizqan.

Kapal terbang kami diberi nama, Kamikaze 101. Ini kerana kami membuat andaian bahawa kapal terbang kami bakal terbang secara menjunam dengan kelajuan 101km/j. Tetapi andaian kami silap. Kami membuat percubaan setelah is siap dibina. Kamikaze 101 terbang dengan penuh bergaya. Ia akan mendarat di tempat ia dilancarkan. Menangkap semua perhatian. Membuka mulut yang tercengang. Meluaskan mata yang kagum. Menghentikan semua projek kumpulan lain buat seketika. Begitulah gahnya Kamikaze 101 terbang di ruang udara kelas Bahasa Melayu pada ketika itu.

Sewaktu membentangkan plan strategi, aku selaku jurucakap dan faisal bertindak sebagai 'juruterang' untuk membuat demonstrasi. Aku menerangkan betapa stabilnya ciptaan kami, arah penerbangan dapat ditentukan, bentuk aerodinamik yang maju, dan pelbaga lagi teknologi yang mampu dicapai oleh sebuah kapal terbang kertas. Tiba giliran Faisal, dia melancarkan kapal terbang itu, tidak dijangka, ia melanggar LCD Projector lalu menjunam. Aku menyelah, "Itu demonstrasi pendaratan kecemasan", semua ketawa. Percubaan kedua, ia tidak melanggar apa-apa, tetapi tetap menjunam ke arah kumpulan pelajar perempuan. Aku mencelah, "Juruterbang nampak perempuan cantik la...", semua ketawa lagi. Lalu kami pun menamatkan pembentangan.

*ok tak bahasa baku aku dalam post ni ?