Menu

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

01 January 2013

Ayam berkokok di atas batang, hisap rokok penyakit datang.

Biasanya sekmen tajaan di radio aku akan tukar channel sbb malas nk dengar ayat skrip promosi produk. tapi kadang2 ada fakta penting juga. Antaranya tadi terdengar :

-sekmen-
Punca utama ketagihan merokok disebabkan Nikotin. bukan sebab sedap makan asap atau lain2. Awal2 perokok memang batuk2 dan xselesa, bila lama2 badan kita dan beradaptasi dgn nikotin, maka mulalah ketagih.

Dengan keluarga pun sama, awal2 kahwin isteri marah2 suruh brhenti merokok, sebab xselesa, sakit kepala bau asap rokok, tapi bila lama2 isteri pun dah biasa, jadi dah tak larang. sebab badan isteri pun dan boleh terima nikotin. -ini bukan tips untuk perokok yg dah berkahwin supaya isteri xmarah, racun tetap masuk dalam badan hari-hari.


Jadi, jangan marah bila anak kita merokok kalau kita pun merokok, sebab badan anak dah selesa dgn nikotin, jadi lagi mudah untuk dia mula merokok di usia muda.
-/sekmen-

Pandangan aku :

12 February 2011

Palestin kita semakin dipinggirkan

Hari aku beli akhbar tabloid lagi. Seperti biasa. Aku dah jarang beli akhbar arus perdana (menteri) sebab takut terganggu emosi dengan berita politik kotor. Rezeki Metro dan Kosmo hari ni aku beli dua-dua.

Akhbar tabloid Metro khasnya memang dah sinonim dengan typo ataupun typing error. Cuba tengok dalam bulatan putih tu. Boleh dimaafkan rasanya (ye ke?). Mungkin nak cepat sebab kena ada berita terkini baru orang beli.

Tapi hari ini aku agak terkejut dengan kesilapan yang sangat mengusik sensitiviti, ya, dilakukan akhbar Metro. Nak cepat pun agak-agak la. Dah la dalam peta dunia yang dilukis kafir laknatullah, Palestin semakin hilang dan yang latest dah tiada, ni akhbar popular sebuah negara Islam bak apa yang dicanang pemimpinnya sendiri telah buang terus Palestin, negara se-Islam dari peta.

Si dungu yang tak pernah nak ambil tahu di mana palestin terus akan tidak tahu di mana Palestin sebenarnya. Metro, anda sengaja atau tidak? Ada apco bagi kontrak pa pe ke, atau benjamin netanyahu selit duit kopi dalam poket? atau memang nak cari publisiti dengan buat kesilapan yang kontroversi? Boleh minta maaf tak? Dan letak semula peta yang sebenar-benarnya. Kalau team korang tiada peta palestin sebenar, boleh cut-edit-paste-colour dan lain-lain peta di bawah ni aku sediakan untuk korang.

Anda semua pernah dengar pasal taktik Zionis Yahudi jahat untuk hakis Palestin daripada peta dunia? Kalau ya, ketahuilah rancangan itu hampir berjaya. Lihat peta di sebelah, tanah sebenar hak Palestin dan Israel (yang hanya puak,kaum, bukan sebuah negara pun).

Itu adalah gambar peta yang diletak ke dalam blog, so anda mungkin tak rasa besar tanah yang israel rampas daripada palestin.
Lihat info di Wikipedia (sebuah web yang sesiapa sahaja boleh edit)

Palestin-Wikipedia
Israel-Wikipedia
.
Lagi satu, anda mesti pernah lihat button atau banner di blog, laman web, sticker, kereta dan lain lain tempat yang bertulis Save Palestin atau Save Gaza. Pendapat aku, di sini pun ada penerapan tentang pengikisan Palestin daripada minda umat Islam.

Dulu Save Palestin, Kini Save Gaza. Memang kita kena selamatkan Gaza sebab tu je antara saki baki yang tinggal tapi nama Palestin tetap utama sebab tanah besar yang dirampas adalah Palestin.

Semasa kecoh isu Gaza, tiba-tiba bertimbun banner di internet tentang "Save Gaza". Aku seperti dapat rasakan bahawa geng Yahudi sendiri design dan sediakan banner-banner ini sepaya tenggelamkan banner Save Palestin yang di buat oleh orang Islam sebenar. Apa pendapat anda?

Selalu ada berita tentang KEGANASAN israel ke atas Palestin, tapi kenapa Israel tidak diishtihar pengGANAS atau terorrist dan dibasmi? Afghanistan dan Iraq ke jajah kononnya nak basmi keganasan dan senjata pemusnah yang tak dijumpai pun. Bagi yang tak pernah nak ambil tahu, itu cara mudah untuk tahu hubungan USA dan Israel.

Apa cara untuk tahu hubungan negara kita dengan USA dan Israel?

15 June 2009

Komunismu, Kerajaan Kita dan Generasiku

Chin PengTengah aku cari gambar nak letak kat post ni, sorang roomate aku datang nak borak2, jd aku amik kesempatam utk tanya. Umurnya sebaya dgn aku. Sudah 21 tahun hidup di bumi Malaysia. Sama macam aku.

Aku mula tanya,
"Apa ko tau pasal komunis?"
"Komunis tu tentera Jepun eh?" jawabnya atau tanyanya.

Aku yg bertanya aku disoal balik. Aku tak respon pa pe dgn jawapan dia.biar dia fikir dulu mungkin nak betulkan jawapan.jadi aku teruskan ngadap laptop.previu beberapa gambar komunis dgn harapan mungkin dia teringat sesuatu dan betulkan jawapan dia. tapi tidak.

Aku tanya lagi...
"ko tau tak sape tu chin peng?"
"tu..aa..ketua komunis kan?"

ya..tau pulak dia.kenapa aku post pasal komunis ni? aku nak jd ahli politik ke? bukan.aku geram.aku tak puas hati. korang ada dengar berita pasal ura2 chin peng nak balik Malaysia kan? kecoh la itu ini. klu korg prasan, sbelum2 ni xde pun kat tv sebok nak siarkan rancangan pasal patriotisme, smua drama jiwang melayu, cerita ko rampas awek aku aku blasah ko, crita hantu, crita kartun, rancangan bodoh2, crita indon, smua crita yg buat kita makin dungu dan lupa dgn sejarah dan peribadi negara. klu nak ade pun ko tunggu la 31ogos, waktu tu baru sebok nak tayang hipokrit konon cintakan tanah air. lagu merdeka sudirman tu tak tukar2 sampai skrg. ntah ape la yg ada dlm fikiran pemimpin kita.

yang ahli politik pulak sebok ko maki aku, aku maki ko. aku nak menang aku bayar ko, ko nak hidup ko rasuah aku, ko nak cepat naik, bodek aku, ko nak kontrak, jadi kroni aku, aku nak jawatan, aku fitnah dia, aku ada rakyat, aku ada duit. smua sebok dgn kepentingan peribadi. keutamaan pada rakyat hanya canangan. biar rakyat mengharap, biar rakyat percaya, asalkan aku atas kerusi tinggi.

pastu, brita ura2 chin peng nak masuk Malaysia. semua mula nak terngadah. nak tunjuk aku pentingkan rakyat. aku kenang jasa pahlawan. aku hargai erti kemerdekaan. aku sokong patriotisme. baru la nak tunjuk interviu dgn mangsa-mangsa keganasan komunis. baru la nak sebok kenalkan apa itu komunis. kawan aku yg dah berumur 21tahun tak kenal komunis, apa yg media buat sampai 21 tahun langsung xde pengetahuan tentang komunis dihebahkan.kenapa ada komunis nak datang baru kita nak bgtau rakyat yg komunis tu bahaya, jahat, kejam dll. kalau betul ko patriotik, sayangkan negara, hargai kemerdekaan, tunjuk la setiap masa.jgn la sekadar nak meraih hati rakyat. ohh..pemimpin kita cintakan negara. ye la tu.. skrang dah tak brape dgr dah pemimpin2 ckp pasal patriotik. 1 Malaysia konon. oi..jgn hangat2 taik ayam la.

+Baca Lagi...


sesape yg pegang kementerian penerangan, mula la dari sekarang, daripada siarkan drama cintan yg tah ape2, movie barat yg mempengaruh remaja, movie bodoh yg buat kita makin dungu, baik siarkan semula cerita-cerita dan dokumentari tentang patriotisme. contohnya movie leftenan adnan, sarjan hassan, dan peristiwa bukit kepong.pasal movie tu, kalau ko dah xde salinan video tu, cari je kat torrent atau rapidshare, lagi ramai org patriotik daripada ko, dorg share movie tu kat internet..

aku sambung tanya lagi kawan aku.
"ko tau peristiwa bukit kepong?"
"bukit kepong tu kat mana?"

dah..aku xnak tanya dah.buta.tuli.tak amik tahu hal sejarah.aku harap ko baca blog aku ni.sedar la skit. aku xbangkang ko nak siarkan cerita P.Ramlee yg lama2, siarkan, biar rakyat kenal hasil seniman negara. aku xkisah ko nak tayang crita barat, aku xsanggah ko nak berjiwang karat dgn drama cintan, aku xamik kisah ko nak berucap berapi-api bagi harapan pada rakyat,tapi jgn la ko abaikan sejarah negara. ingat la kita pernah dijajah dulu.jgn sampai komunis dah jajah semula baru la ko nak bagitau rakyat dan anak2 ko apa itu komunis. dah terlambat. ko la, ahli politik dan org yg berkuasa pada media dan negara.ko la kena bertindak. aku penulis blog. aku ingatkan melalui cara aku. kalau cara aku kasar, baik ko terima je sbelum komunis yg jauh lagi kejam menjajah kita.

itu baru sebut pasal komunis, tak sebut lagi pasal jepun, british, zaman2 portugis dulu. klu sebut ntah ternganga korang. yang ahli politik lantang sgt bercakap pasal patriotik tu, ko memang tau atau ko baca teks org buatkan? muhasabah la diri eh. sama2 kita beringat.

ingatkan rakyat tentang patriotisme sama seperti ko ingatkan rakyat undi mengundi ko. sedarkan rakyat tentang kepentingan patriotisme sama macam ko bagitau rakyat kelebihan ko jika jadi pemimpin. canangkan, hebahkan, berterusan dan berpanjangan.

baru la ko layak sorak 1 Malaysia, baru ko layak cakap Malaysia Boleh, baru ko layak jadi pemimpin rakyat Malaysia. aku sayang Malaysia.

01 April 2009

Ada apa pada April Fool ?


hoi...hoi org Islam yg menyambut April Fool pada 1 April. bodoh ke kau? hah? kau tahu tak dari mana datangnya sambutan April Fool tu? main sambut je.org buat ko buat.org sambut ko sambut.bodoh.!

aku tulis post ni khas utk org bodoh yg sambut april fool.atau juga utk org yg x alert apa itu april fool.sila pahamkan.korg tau kan april fool tu kita bodohkan org pastu ckp "Aprill fooooll.!!!"...sebenarnya org yg buat tu yg fool.!

Di sini aku kongsikan skit kisah yg aku dapat...sila baca dan pahamkan...
Nilai sendiri kenapa kita sambut jugak.adakah kita bodoh?

+Baca lagi kalau nak tau...


Asal Usul Sambutan April Fool :

Fool’s Day atau April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang telah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Ia telah jatuh ke tangan tentera-tentera Kristian. Akibatnya penduduk-penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan di mereka. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha menghapuskan semua orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan mereka ini ada yang mempercayai dan tidak kurang pula ada yang risau sekiranya tawaran tersebut hanya merupakan satu penipuan semata-mata. Maka mereka yang mempercayainya tanpa berlengah-lengah telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk-penduduk Islam ini. Mereka tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar manakala orang-orang Islam yang berada di sekitarnya telah dibunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan pada setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia di mana ia juga banyak diabadikan dalam bentuk perayaan-perayaan yang lain secara tidak langsung. Yang menyedihkan, hari ini orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa itu turut meraikan April Fool tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara mereka sendiri.

dah.dah paham dah? so nak sambut lagi pasni? kalau sambut lagi korg mmg buta kayu la.yg pasal valentine pun sama.pandai2 la cari sendiri eh.klu ada sambutan pa pe, pahamkan la dulu, jgn main ikot je.jgn jadi bodoh dah ye.




23 March 2009

Mati, bersediakah kita?

Pada 21hb lalu, hari sabtu, bertempat di main auditorium kuliyyah of science, telah diadakan kursus pengurusan jenazah sebagai salah satu modul halaqah. Kesimpulan, kursus ini sangat berguna.!

dalam kursus ini, diajar dan didemonstrasi cara menguruskan jenazah.sgt menarik.aku tau ustaz yg sampaikan lecture tu berpengalaman.enjoy.ustaz tu selitkan jgk unsur kelakar. tapi, yg aku agak tak puas hati, agak kecewa dan agak takut, ramai yg mengambil peluang utk berloyar buruk, bergura2 hal mati dan jenazah ni.mmg banyak yg agak mencuti hati dgn cara ustz tu bercerita dan sukarelawan yg buat demo tu, tp ramai yg kat blakang aku menambah mcm2.bergurau dgn kematian? hmmm..tak takut ke? tahu ke mati tu ada dimana2? tak boleh dipercepat, tak boleh ditangguh walau satu saat? aku tahu.tp aku slalu lupa.mgkin mereka pun mcm aku.

+ Baca Lagi...



mulanya aku pergi ke kursus ni adalah atas sebab 'compulsary' iaitu wajib hadir kerana kehadiran akan diambil.aku pun membawa diri masuk ke audi tu.tp, bila dah mula tu, aku terkedu, aku menyesal kerana terfikir utk tidak datang.aku rasa beruntung kerana sudah datang.kenapa? wahai manusia, wahai kawan ku, wahai muslim, wahai kawan yg membaca blog ku..bersediakah anda, bersediakah kita utk menghadapati mati? tahukah anda ajal boleh menjemput anda pada bila2 masa? secara jujurnya, kursus ini menepuk bahuku seperti seseorang menyapa. "husz, ingatlah mati". Ya Allah.sebagai manusia, sebagai seorang muslim, dan bekas pelajar sekolah agama selama 5 tahun, aku rasa tersangat rugi.aku masih perlu bimbingan.aku perlu someone pimpin aku.sbb aku selalu terdorong oleh syaitan dan nafsu.aku lalai.aku pelupa.bila kursus ni,aku terkedu.aku insaf.aku tersentak.tp bila ngan kwn2, ngan teman, ngan masyarakat sekeliling, aku kembali sesat.bila tulis post ni, aku kembali ingat.aku kembali sedar.kembali insaf.oh..manusia..oh husz...ternyata kau langsung tidak ada persediaan utk menghadapi maut.

seorang sahabat aku pernah berkata, beradalah dlm komuniti muslim, berkawan la dgn 'org surau', jgn menjauhi majlis ilmu dan mcm2 lagi. kenapa? bila dlm komuniti muslim, org sekeliling akan menginatkan tatkala kita lupa.brkwan ngan org surau, bila kte berkawan ngan pnjual minyak wangi, kta akan terlekat jgk sikit harumannya.aku rindu pulak suasana skolah menengah.aku dahulu, seorang yg lantang memberi tazkirah di mimbar surau.aku dahulu, seorang ahli badan dakwah dn kerohanian.aku dulu, seorang penggerak pelajar2 asrama ke surau di subuh hari, aku dulu..aku malu dgn aku kini bila sebut smuanya kembali.aku kini? ah..jauh..jauh..

korang tau apa yg aku fikirkan skrg? aku bersyukur. aku tau Allah masih sayangkan. beri peluang kepada aku. aku masih dapat sedikit hidayah utk sedar walaupun kerap kali lupa.aku kenal beberapa kwn yg sudah ditarik sedikit hidayahnya.dia xboleh dgr nasyid.dia xsenang dgn bacaan al-quran.dia xboleh duduk dlm majlis ilmu.dia mencemuh pakaian berciri islamik.dia itu.dia ini.ah..aku..salahkan org saja.aku? ya Allah...kekalkan dan tambahkanlah hidayahmu padaku.