Menu

12 March 2009

Cara buat pau dan mengepau.

korang tau tak mcm mana pau di buat? eh.jap.korang tau tak pau tu ape? aiya..pau tu yg mcm kat sbelah tu.angpau lain pulak bendanya.aku letak tajuk ni bukan nya nak tulis pasal cara buat pau.tapi ada hal yg lagi penting korang patut tau.iaitu cara mengepau.lagi hebat, lagi menguntungkan.

ok.kita tinggalkan bab pau sbb aku rasa mcm nak tulis panjang je.beginilah ceritanya...

smlm aku gi hantar member aku kat terminal, dia ngan kwn2 dia nak nek bas.dorg turun aku pun take over la nak drive g mkn.pastu aku baru je masuk gear reverse, kereta gerak ke blakang skit je, pok pok.! bunyi but blakang kereta ada org tepuk kuat2.aku tengok la ingat ada kwn aku yg nak tegur aku, lama xjmpe ke atau nak tumpang.pastu ada mat lalok mane tah g tepi tingkap (pintu aku kunci dah) pastu buat isyarat mcm aku langgar dia.dia nak buka pintu sbelah penumpang tu tp xleh.aku pun heran la apa yg aku langgar nye, baru kereta gerak skit je.bunyi langgar (dia ketok) bkn main kuat.pastu dr seat driver aku buat la isyarat sori, tunjuk jam kata nak cepat.dia xpuas hati jgk.dia suruh buka pintu.aku pun buka.

pastu dia ckp, mcm mana ni bang, langgar saya ni.aku pun ckp la balik, langgar ke? baru gerak skit.dia pun berkeras ckp aku langgar dia.dia siap tunjuk luka kat kaki.padahal tu luka dia exciden bila ntah, siap dah jadi parut lagi.pastu dia pun mula mnta duit konon nak beli ubat.rm50 katanya.cit..pau punya org.aku pun buat cerita, saya hntar org ni pun baru dpt rm7 mcm mana nak bayar rm50.dia kata nak report polis tp nak naik ngan aku g balai.cit..kalau bw naek skali, abeh dia pau dlm kereta pulak.aku ckp mahal, dia kata kalau xcaya jom bw sy g hospital, kita cek berapa kena bayar.cit lagi...pastu aku dah tensen tawar2 harga, last skali dia stuju rm15. hah..nampak la sgt2 sifat pau dia tu, harga ubat rm50 dah jadi rm15.situasi diatas berlaku hampir 2ominit kot.

waktu tu..member aku td pun datang balik.dia bdn besar skit.mat lalok td ckp la yg aku langgar dia.mcm org nak percaya dia ja.dia pun tunjuk parut tu.kwn aku ckp sy ada dua kawan doktor, jom cek skrg.dia xnak, nak hospital jgk.ceh betul.ckp punya ckp, kitorang dah panas, bhasa pun dah xtersusun, mat lalok tu dah fhm kot yg dia xkan dpt duit yg dia nak, pastu dia pun dah slow2 skit.last2 skali dia undur, aku pun hulur la tngan, nak salam, ckp setle.dia ckp xsetle jgk, dia amik no.plat keta.cit..aku ckp kat dia, amik la, g la buat report, jgn g hentak kaki tu sudah.hehe.trus bengang muka dia.pastu aku naik keta trus blah.kwn aku pun blah g kat bas.

moral citer ni adalah, org jahat ramai skrg.kalau pompuan yg kat tempat aku smlm, confirm dia pau smpai dpt.ngan aku pun dia berkeras, nasib baik kwn aku dtg join.klu tak mau nye aku layan smpai terbayar rm15.kaki pau punya org.klu dpt duit bukannya nak beli pau, beli dadah, rokok ada la.

(gambar disebelah bukan aku dan kereta tu jgk bukan kereta yg terlibat.sekadar gmbar hiasan.hehe)

Cara-cara : ni pulak aku kongsi skit cara org tu nak buat situasi aku langgar dia.mula2 dia nmpak aku smpai, pastu aku tukar g kat driver utk drive, dia pun berdiri tepi bontot kereta konon mcm tunggu org.aku tengok la kat blakang xde org,xde kreta.aku pun masuk gear reverse, wktu kreta bergerak tu la dia cpt2 jalan blakang kreta pastu tepuk kuat2 konon mcm dilanggar.haa..pastu dia pun mula la minta duit.

Ramuan : utk korang, nasihat aku.hati-hati la.
1-kluar ngn lebih dari sorg kalau boleh.
2-yg pompuan tu aware tu kena lagi lebih sbb korg ssh skit nak defend diri.berhati-hati kluar bar ada laki jgk lagi bagus.
3-pastikan pintu kreta berkunci bila berhenti parking atau menunggu org.sbb org jahat boleh trus terkam masuk, letak pisau kat perut korg, pastu ugut.org luar akan nmpak mcm korg tgh borak2 je.
4-jgn bagi org yg korg xkenal tumpang ngan korg.
5-korang kalau ada tips, share la kat ruang komen eh.


*aku ngan member aku geram gilerrrr..!

9 comments:

  1. owh, pau yang camni ko maksudkan...
    hmmm, aku takde tips tambahan pun untuk situasi camni...
    apa yang aku boleh katakan ialah...
    bahaya ada di mana2 sahaja...
    aku takleh bayangkan camne agaknya kalau benda yang jadi kat ko ni terjadi kat perempuan...

    good entry...
    as a reminder to myself...

    ReplyDelete
  2. citt.. aku ingat pau yang makan2 tu.. huh! hahahha.. kaki pau tu, ko sepak je 'telor' die.. biar die rasa.. nasib die la kalo masuk ICU.. sape soh pau org.. ye x? kah kah kah

    ReplyDelete
  3. nasehat aku plak, for what ever means, parking kat tempat yang menjadi tumpuan umum, yang ramai orang, yang boleh minta bantuan kalo2 dipau.

    ko bernaseb baek tibe2 man and the gang datang. tapi yang aku tak berapa faham, bukan ke man ade bas nak dikejar? kenapa dia balik ke kereta balik? ke dia jemput member dia je?

    ReplyDelete
  4. Liyana : tu la aku pk msti dah ramai pompuan yg jd mangsa dia.berkeras betul dia nak duit.kalau korang nak lg slamat kan,aku rase wktu undur kreta tu,sorg kwn dok kat luar tolong tengokkan kat blakang.xdela org nak buat2 terlanggar.

    Anarm : aku ada jgk terpk nak buat mcm ko ckp tu tp dia xmulakan gaduh.mungkin sbb aku ngan kwn aku kot.aku xnak mulakan nnti dia buat modal salahkan aku.

    Szakif : aku rasa man kluar awal sbb nak mkn dulu kot.nasib baek jgk.

    ReplyDelete
  5. the good thing about you is, ko tenang hadapi situasi tu. memang ketenangan tu betol2 membantu. ko jenis yang hangin, memang makin panjang la cerita pau2 nih..

    tahniah husz!

    ReplyDelete
  6. haha.aku tenang sbb la sbb aku mmg nak cpt2 pun,ade 3 perut tgh tggu aku nak g santai, so kena cpt2.hehe.pastu aku msg man, dia kata klu xsbb krana kena nek bas, nak jgk dia buh sebijik dua.aku tukang tambah je la.hihi tenkiu tenkiu.

    ReplyDelete
  7. ooooOOoooOOooooo....
    hurmmmm...
    emmmmm...
    t.kasih krn berkongsi crite nih!

    ReplyDelete
  8. hahah. aku boleh imagine wajah hang masa tu.

    nak senang, masuk keta balik. langgar je beliau! =D

    klu aku yang pi masa tu, nescaya.. dia akan dapat rm30. dengan aku2 kena rm15. hahah.

    ni belum cerita kat stesen baling lagi. hoho.

    ReplyDelete
  9. hmm...banyak sgt dah insiden macam ni. Kadang2 kat tempat2 yang tak disangka-sangka...yang kita rase selamat.

    berhati-hati je lar...

    ReplyDelete