Menu

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

01 January 2013

Ayam berkokok di atas batang, hisap rokok penyakit datang.

Biasanya sekmen tajaan di radio aku akan tukar channel sbb malas nk dengar ayat skrip promosi produk. tapi kadang2 ada fakta penting juga. Antaranya tadi terdengar :

-sekmen-
Punca utama ketagihan merokok disebabkan Nikotin. bukan sebab sedap makan asap atau lain2. Awal2 perokok memang batuk2 dan xselesa, bila lama2 badan kita dan beradaptasi dgn nikotin, maka mulalah ketagih.

Dengan keluarga pun sama, awal2 kahwin isteri marah2 suruh brhenti merokok, sebab xselesa, sakit kepala bau asap rokok, tapi bila lama2 isteri pun dah biasa, jadi dah tak larang. sebab badan isteri pun dan boleh terima nikotin. -ini bukan tips untuk perokok yg dah berkahwin supaya isteri xmarah, racun tetap masuk dalam badan hari-hari.


Jadi, jangan marah bila anak kita merokok kalau kita pun merokok, sebab badan anak dah selesa dgn nikotin, jadi lagi mudah untuk dia mula merokok di usia muda.
-/sekmen-

Pandangan aku :

12 February 2011

Palestin kita semakin dipinggirkan

Hari aku beli akhbar tabloid lagi. Seperti biasa. Aku dah jarang beli akhbar arus perdana (menteri) sebab takut terganggu emosi dengan berita politik kotor. Rezeki Metro dan Kosmo hari ni aku beli dua-dua.

Akhbar tabloid Metro khasnya memang dah sinonim dengan typo ataupun typing error. Cuba tengok dalam bulatan putih tu. Boleh dimaafkan rasanya (ye ke?). Mungkin nak cepat sebab kena ada berita terkini baru orang beli.

Tapi hari ini aku agak terkejut dengan kesilapan yang sangat mengusik sensitiviti, ya, dilakukan akhbar Metro. Nak cepat pun agak-agak la. Dah la dalam peta dunia yang dilukis kafir laknatullah, Palestin semakin hilang dan yang latest dah tiada, ni akhbar popular sebuah negara Islam bak apa yang dicanang pemimpinnya sendiri telah buang terus Palestin, negara se-Islam dari peta.

Si dungu yang tak pernah nak ambil tahu di mana palestin terus akan tidak tahu di mana Palestin sebenarnya. Metro, anda sengaja atau tidak? Ada apco bagi kontrak pa pe ke, atau benjamin netanyahu selit duit kopi dalam poket? atau memang nak cari publisiti dengan buat kesilapan yang kontroversi? Boleh minta maaf tak? Dan letak semula peta yang sebenar-benarnya. Kalau team korang tiada peta palestin sebenar, boleh cut-edit-paste-colour dan lain-lain peta di bawah ni aku sediakan untuk korang.

Anda semua pernah dengar pasal taktik Zionis Yahudi jahat untuk hakis Palestin daripada peta dunia? Kalau ya, ketahuilah rancangan itu hampir berjaya. Lihat peta di sebelah, tanah sebenar hak Palestin dan Israel (yang hanya puak,kaum, bukan sebuah negara pun).

Itu adalah gambar peta yang diletak ke dalam blog, so anda mungkin tak rasa besar tanah yang israel rampas daripada palestin.
Lihat info di Wikipedia (sebuah web yang sesiapa sahaja boleh edit)

Palestin-Wikipedia
Israel-Wikipedia
.
Lagi satu, anda mesti pernah lihat button atau banner di blog, laman web, sticker, kereta dan lain lain tempat yang bertulis Save Palestin atau Save Gaza. Pendapat aku, di sini pun ada penerapan tentang pengikisan Palestin daripada minda umat Islam.

Dulu Save Palestin, Kini Save Gaza. Memang kita kena selamatkan Gaza sebab tu je antara saki baki yang tinggal tapi nama Palestin tetap utama sebab tanah besar yang dirampas adalah Palestin.

Semasa kecoh isu Gaza, tiba-tiba bertimbun banner di internet tentang "Save Gaza". Aku seperti dapat rasakan bahawa geng Yahudi sendiri design dan sediakan banner-banner ini sepaya tenggelamkan banner Save Palestin yang di buat oleh orang Islam sebenar. Apa pendapat anda?

Selalu ada berita tentang KEGANASAN israel ke atas Palestin, tapi kenapa Israel tidak diishtihar pengGANAS atau terorrist dan dibasmi? Afghanistan dan Iraq ke jajah kononnya nak basmi keganasan dan senjata pemusnah yang tak dijumpai pun. Bagi yang tak pernah nak ambil tahu, itu cara mudah untuk tahu hubungan USA dan Israel.

Apa cara untuk tahu hubungan negara kita dengan USA dan Israel?

15 June 2009

Komunismu, Kerajaan Kita dan Generasiku

Chin PengTengah aku cari gambar nak letak kat post ni, sorang roomate aku datang nak borak2, jd aku amik kesempatam utk tanya. Umurnya sebaya dgn aku. Sudah 21 tahun hidup di bumi Malaysia. Sama macam aku.

Aku mula tanya,
"Apa ko tau pasal komunis?"
"Komunis tu tentera Jepun eh?" jawabnya atau tanyanya.

Aku yg bertanya aku disoal balik. Aku tak respon pa pe dgn jawapan dia.biar dia fikir dulu mungkin nak betulkan jawapan.jadi aku teruskan ngadap laptop.previu beberapa gambar komunis dgn harapan mungkin dia teringat sesuatu dan betulkan jawapan dia. tapi tidak.

Aku tanya lagi...
"ko tau tak sape tu chin peng?"
"tu..aa..ketua komunis kan?"

ya..tau pulak dia.kenapa aku post pasal komunis ni? aku nak jd ahli politik ke? bukan.aku geram.aku tak puas hati. korang ada dengar berita pasal ura2 chin peng nak balik Malaysia kan? kecoh la itu ini. klu korg prasan, sbelum2 ni xde pun kat tv sebok nak siarkan rancangan pasal patriotisme, smua drama jiwang melayu, cerita ko rampas awek aku aku blasah ko, crita hantu, crita kartun, rancangan bodoh2, crita indon, smua crita yg buat kita makin dungu dan lupa dgn sejarah dan peribadi negara. klu nak ade pun ko tunggu la 31ogos, waktu tu baru sebok nak tayang hipokrit konon cintakan tanah air. lagu merdeka sudirman tu tak tukar2 sampai skrg. ntah ape la yg ada dlm fikiran pemimpin kita.

yang ahli politik pulak sebok ko maki aku, aku maki ko. aku nak menang aku bayar ko, ko nak hidup ko rasuah aku, ko nak cepat naik, bodek aku, ko nak kontrak, jadi kroni aku, aku nak jawatan, aku fitnah dia, aku ada rakyat, aku ada duit. smua sebok dgn kepentingan peribadi. keutamaan pada rakyat hanya canangan. biar rakyat mengharap, biar rakyat percaya, asalkan aku atas kerusi tinggi.

pastu, brita ura2 chin peng nak masuk Malaysia. semua mula nak terngadah. nak tunjuk aku pentingkan rakyat. aku kenang jasa pahlawan. aku hargai erti kemerdekaan. aku sokong patriotisme. baru la nak tunjuk interviu dgn mangsa-mangsa keganasan komunis. baru la nak sebok kenalkan apa itu komunis. kawan aku yg dah berumur 21tahun tak kenal komunis, apa yg media buat sampai 21 tahun langsung xde pengetahuan tentang komunis dihebahkan.kenapa ada komunis nak datang baru kita nak bgtau rakyat yg komunis tu bahaya, jahat, kejam dll. kalau betul ko patriotik, sayangkan negara, hargai kemerdekaan, tunjuk la setiap masa.jgn la sekadar nak meraih hati rakyat. ohh..pemimpin kita cintakan negara. ye la tu.. skrang dah tak brape dgr dah pemimpin2 ckp pasal patriotik. 1 Malaysia konon. oi..jgn hangat2 taik ayam la.

+Baca Lagi...


sesape yg pegang kementerian penerangan, mula la dari sekarang, daripada siarkan drama cintan yg tah ape2, movie barat yg mempengaruh remaja, movie bodoh yg buat kita makin dungu, baik siarkan semula cerita-cerita dan dokumentari tentang patriotisme. contohnya movie leftenan adnan, sarjan hassan, dan peristiwa bukit kepong.pasal movie tu, kalau ko dah xde salinan video tu, cari je kat torrent atau rapidshare, lagi ramai org patriotik daripada ko, dorg share movie tu kat internet..

aku sambung tanya lagi kawan aku.
"ko tau peristiwa bukit kepong?"
"bukit kepong tu kat mana?"

dah..aku xnak tanya dah.buta.tuli.tak amik tahu hal sejarah.aku harap ko baca blog aku ni.sedar la skit. aku xbangkang ko nak siarkan cerita P.Ramlee yg lama2, siarkan, biar rakyat kenal hasil seniman negara. aku xkisah ko nak tayang crita barat, aku xsanggah ko nak berjiwang karat dgn drama cintan, aku xamik kisah ko nak berucap berapi-api bagi harapan pada rakyat,tapi jgn la ko abaikan sejarah negara. ingat la kita pernah dijajah dulu.jgn sampai komunis dah jajah semula baru la ko nak bagitau rakyat dan anak2 ko apa itu komunis. dah terlambat. ko la, ahli politik dan org yg berkuasa pada media dan negara.ko la kena bertindak. aku penulis blog. aku ingatkan melalui cara aku. kalau cara aku kasar, baik ko terima je sbelum komunis yg jauh lagi kejam menjajah kita.

itu baru sebut pasal komunis, tak sebut lagi pasal jepun, british, zaman2 portugis dulu. klu sebut ntah ternganga korang. yang ahli politik lantang sgt bercakap pasal patriotik tu, ko memang tau atau ko baca teks org buatkan? muhasabah la diri eh. sama2 kita beringat.

ingatkan rakyat tentang patriotisme sama seperti ko ingatkan rakyat undi mengundi ko. sedarkan rakyat tentang kepentingan patriotisme sama macam ko bagitau rakyat kelebihan ko jika jadi pemimpin. canangkan, hebahkan, berterusan dan berpanjangan.

baru la ko layak sorak 1 Malaysia, baru ko layak cakap Malaysia Boleh, baru ko layak jadi pemimpin rakyat Malaysia. aku sayang Malaysia.

10 June 2009

UIA Kampus Gombak atau Kuantan


aku dilanda dilema.tak la dilema sgt.cuma rasa la skit.dok gombak ke dok kuantan lagi best.aku antara batch yg mulakan degree trus g kuantan.tak pernah merasa kampus gombak.jd dah selesa kat sana.tiba2 shortsem amik kat gombak, best la pulak. kat sini mcm2 ada.kat kuantan pun mcm2 ada cuma kat sini lebih match dgn aku punye needs.

aku leh bersukan mcm2, aku leh kluar dgn senang dan cost efetif, aku leh hack mesin2 yg aku nak, aku leh buli kwn2, aku leh mkn kat kafe atau kat luar. panjangkan skit pasal bersukan tu, aku leh slalu g swim, g memanah, g court yg ada mcm2 sukan.g jogging.g lepak kat mana2 smpai pagi.best.!

+Kat kuantan pulak...

ada banyak spot untuk camping, buat aktiviti adventure, iklam dan suasana yg hampir sama dgn hometown aku, Baling. pekan yg tak besar sgt, tak perlu pusing2 highway bila nak pegi. err..ape lagi..

see..bila aku compare, aku dapati aku melebihkan gombak daripada kuantan. bila kira2 blk mmg betul jgk.dok kat gombak aku senang nak balik kedah atau umah abg aku kat puchong.klu dok kuantan, kena bayar tiket 2 kali.nak balik kl dah risau tiket ke kedah ade ke tak.nak keluar pulak, kat kuantan teksi rm15 skali trip, prebet sapu pulak paling murah rm7, kat gombak, skali kluar nek rapid tiket rm1, balik jap g pun leh guna lagi. tp bila campur2 balik ngan tambang lrt, lebih kurang jgk la.

bila fikir masak2, aku akur.aku tetap redha dgn ape yang ade skrg. sbenarnya xde la kisah sgt kat mana pun.best gak kat kuantan.aku pun dah terfikir nak family aku sendiri nnti stay kat kuantan. utk waktu stdy ni je keadaan lebih slesa di kampus gombak. xpe la kan.

17 May 2009

Vandalism, misconception atau bodoh? -updated


dipetik daripada Wikipedia,
vandalism : ruthless destruction or spoiling of anything beautiful or venerable
jadi..dah jelas bahawa vandalism tu adalah perbuatan yg buruk, merosakkan dan tak berpendidikan. gambar diatas aku snap di tepi eskalator lrt bukit nenas di mana ada sticker bertulis
VANDALISM : THE EXPRESSION OF LIFE
dan disebelahnya macam2 contengan yg melihatkan kebodohan manusia yg kononnya sedang mengekpresikan kehidupannya (yg bodoh). masa dalam monorail, aku ternampak didinding bangunan sebelah imbi plaza, berderet graffiti yg dilukis secara profesional dan sah.mcm tu baru la bijak dan kreatif.

+Baca Lagi...

Semasa melalui eskalator lrt tu, aku ada juga bebel kat teman sebelah aku, "tengok la ni, kalau ye pun nak kenalkan team ke, band ke, geng ke, tak yah la nak sakitkan mata org lain. guna la cara yg bagus skit.". mmg banyak betul conteng2 mcm tu.konon graffiti la tu. tu bukan graffiti la bongok, tu namanya tak mengaji. ko pegi la join mana2 komuniti graffiti, ko tunjuk la kat situ.banyak lagi pro yg bersedia nak ajar ko.jadi la tukang graffiti yg mengaji.tunjuk la bakat kat tempat yg betul, baru la dipanggil kreatif instead of stupid.

ini tidak, dah la conteng sana sini, Vandalism, pastu nak cakap perbuatan tu betul pulak, expression of life konon, blah la oi..tak vandalism pun ko boleh sempoi la oi..peduli ape ko hiphop ke, punk ke, grunge ke, ape2 ke,jadi la geng yg pro..pro tu profesional, bukan prosak. faham?



ni contoh grafiti yg berfaedah dan bukan bodoh. aku jmpa kat KLCC. mcm ni baru la pro, bukan sekadar conteng dindind, tp dibayar. apa lagi lu mau? stakat nak kotorkan dinding xpayah la, buat grafiti mcm ni la baru ko bleh ckp Expression of Life.

congratezo kepada sape yg buat grafiti kat KLCC tuh.cun.

13 April 2009

oi..update la blog hang

buka ym ade je yg bising.suruh update blog.appara.! aku punye blog la.bising pulak.hehe.gurau je kawan.apa gunanya blog klu xde pembaca ye tak.kat ym aku tu kan, masuk je msti berterabut (berterabur+berserabut) offline msg, dgn tazkirahnye, iklannye, spammnye. cuba korg tengok list ym aku tu.tu aku view online contact saje, tapi still kena skrol banyak lagi.kalau view yg offline skali, pergghh..banyak siot.bkn nak riak aku ni glamer (boleh gak la riak skit eh.snif snif), org yg xkenal pun main add je, bkn nak chat pun.ada aritu aku buat blog pasal komputer, ramai gak add sbb nak tanya satu soalan je, pastu menghilang dah.aku pun xtau nak delete contact yg mana satu.haiya.

pasal update blog ni kan, banyak benda aku nak tulis sbenarnya.pasal exam, pasal projek aku skrg, pasal manusia xkenang budi, pasal skolah aku, pasal projek waktu cuti, pasal shortsem.haa.banyak lagi.banyak kan? kan?

ye..banyak..dan skrg pun aku tgh ada projek. nak tau ape dia? baca la lagi...

+baca la..lagi skit je.


skrang ni aku tengah buat apa? aduhh..terharu aku..concern betul korg nak tau aku buat apa eh.baik la..sbagai meghargai kerajinan korg baca sampai ke sini, aku bagitau jugak la.

Portal SMK Agama Baling

sebenarnya aku skrg tgh siap kan portal sekolah aku.simple2 je dulu.kata ckgu aku nak masuk pertandingan. ni atas ni banner dia.aku sedang muatkan beberapa modul yg aku amik dari cms lain dan ported (suaikan) kan ke phpnuke.banyak gak aku gain skil bila siapkan satu2 projek tu.

Forum IIUMBLOGGERS.com
another projek yg dah siap, ari tu aku buat forum utk iiumbloggers.com .lama gak bertangguh tu sbb host xcukup space.last2 jadi jgk. alhamdulillah.

dan utk waktu cuti ni aku akan ke sekolah pulak utk lengkapkan portal skolah tu dan bina portal elearning pulak.waduh..penat gak katanya database lama dah rosak.xpe.tengok dulu mcm mana nnti.kang ade pa pe aku post lagi.

shortsem? aku ada projek sendiri.nnti aku inform kat blog jgk.hehe.see ya.!

(oi org yg bising pasal aku xupdate blog, ni aku dah update la.keh keh)



03 April 2009

Blackout? So what?


Kuantan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan kuantan kini lagi sekali berhadapan dengan masalah terputus bekalan elektrik. Bermula jam 9 malam hari ini dan dijangka pulih pada jam 11 malam. Para penuntut di sini yang kini berada dalam suasana peperiksaan rata-rata mengeluh dan menyalahkan pihak utiliti universiti yang tidak peka dan tidak merancang kerja pembaik pulih pada masa yang sesuai. Salah seorang penuntut yang enggan namanya disebut berkata, "Tidak ada komunikasi berkesan di antara pihak pentadbiran universiti dan pihak utiliti universiti, sepatutnya pihak utiliti sedia maklum bahawa kami semua sedang dalam sesuana peperiksaan".

+Berita selanjutnya...

kepala hangguk ko berita selanjutnya.tu aku tulis sendiri la.hampeh tul.aku nekad td xbawa laptop g kafe, nak stdy.skali blackout pulak.baru je order nasi goreng paprik.ntah jadi rezeki sape tah skrg.waktu2 mcm ni la nak blackout nyer uia ni.tut tut tul...

So? ada aku kesah? kesah la..aku bayar yuran, nak exam final blackout pulak.tp aiman tak brape kesah.aku buat macho ala ala rambo skit.lilin ada, lighter ada, apa lagi, kembali ke zaman batu la aku.sepanjang aku idup ni, banyak kali gak aku dalam keadaan bergelap.kat umah dulu pun aku pernah.wktu susah2 dulu.pastu pulak, aku slalu g camping,jd xde la kisah sgt nak sedut jelaga masa stdy.uhuk.uhuk..sape ckp xkisah sgt.kisah la oi..hihi...

aku tgh taip post ni, tiba2 ada letrik...hampeh lagi..meja stdy je menyala.mcm tau2 je aku taip post ni.nak cas bteri hp ngan laptop pun xleh.lampu semata-mata.maksudnya....study..no internet..no sms..no calling2...ye..baik cik dean...

aku akur...


01 April 2009

Kedah, Kedah pantang kalah.!

semalam aku g tengok bola kat stadium darul makmur, kat pekan kuantan ni je.dgn 3 org lg kawan aku.perlawanan antara kedah dgn pahang.mlm tu smpai kat pintu stadium bru ktorg beli tiket.ingatkan dah xsempat sbb takut penuh.sblum masuk g eng hong dulu beli air ngan koci, konon mcm nak tengok wayang la.haha. sbelum masuk stadium pun dengar dah gendang penyokong kedah.bersemangat tul.

masuk2 stadium je, laaaa...lengang.org pahang ni mmg xde semangat kesukanan la.klu stadium darul aman ni dah penuh dah ni.ktorg amik seat yg dekat2 ngan penyokong kedah la.penyokong pahang skit je.wlupun dorg tuan rumah, tp penyokong kedah lg ramai.siap bw gendang.

title post ni Kedah, kedah pantang kalah adalah petikan lagu bola kedah yg dinyanyikan ramai2 semasa menyokong pasukan bola sepak kedah.

+Baca la lagi...

pastu game pun mula.ktorg pun mula buka koci.awal2 tu kedah lead 2-0.gmbar kat atas tu xlcear,aku snap masa firsthalf.gendang kedah xbehenti bunyi.ada satu part tu, geng gendang sorak 'referee.!' pastu penyokong sambung 'bodoh.!' sbb referee tu mmg beratsbelah giler.geng kedah kena tarik, sepak terajang, ada satu tu dlm kotak penalti, dia buat bodoh je (bukan buat kot,mmg bodoh pun). pemain kedah dah terguling dia suruh teruskan.kalau pemain pahang jatuh ala2 manja bapok pun dia bg freekick.hampeh tul.!

masuk secondhalf, pahang samakan gol jd 2-2. waktu ni ada kecoh skit kat bahagian penonton sbb ada penyokong pahang kat blakang penyokong kedah baling botol air kat geng gendang kedah.maki maki mencarut pun ada la.nasib baik polis ada.pastu gendang pun sambung.tak lama pastu kedah boh lagi satu gol.terus senyap membisu penyokong pahang yg kat blakang td.main punya main, gol.! lagi satu kedah boh.dah nampak dah segelintir penyokong pahang kluar stadium. gendang bertambah rancak. pastu fiuu..fiuu..witt.!!! wisel penamat bunyi. penyokong kedah bersorak. aku pun. yeay.! haha..



28 March 2009

Aku dah padam, korang?

malam ni, 28hb mac, pkul8.30 malam aku dah pun padamkan lampu sebagai tanda sokongan earthhour yg dianjurkan diseluruh dunia oleh WWF.lagi skali..seluruh dunia.jadi, bagus la kalau buat.kempen ini bertujuan nak mengurangkan isu pemanasan global yg semakin ketara skrg nih.kempen selama sejam ni hanya utk memberi kesedaran, utk mencegah tu terpulang kepada setiap pihak.

+Baca lagi...

korang ada terpk ke mcm mana pemanasan global berlaku? owh..banyak sekali dong..contoh mudah..merokok..sikit2 tp lama2 dan ramai2...panas woo..sama jgk mcm pembakaran terbuka.lagi, penggunaan alatan yg membebaskan CFC yg menipiskan lapisan ozon..kalau ozon nipis kenape? bila ozon nipis, cahaya matahari yg panas pun terus direct ke bumi.uv la..ntah pa pe lagi sinar.kalau korang nak tahu, sebulum cahaya matahari smpai ke bumi, ozon dah banyak tapis dah.kalau nak berdiri tgh panas skrg pun xtahan, bayangkan la bila bumi dah nipis sgt2 ozonnya...

jadi..marilah tutup lampu.hehe.maksudnya, marilah membantu bumi kita utk terus survive.utk keselesaan kita jgk kan.jgn la sekadar tutup lampu, tp xpaham pun ape tujuannya.ye?

cepat padamkan laptop skrg.heheh.seeya...



14 March 2009

Don't taste that monocular aaa.

Last week aa, i went to a pekan hari with my friends.near by the terminal.while we walking around the stalls aa, suddenly one of my friend aa, shouting my name. Husz.! Husz.! Over here.! (the real situation is : Husz.! Husz.! Mai sini sat.!) . then, i move my ass to my friend.somebody is pointing at something.heheh.

you know what it was aa kawan? that thing aa, a notice saying "Dont Taste.!" hanging on a monocular tripod.we all laugh.hahaha..haa..like that la we laugh.why aa.? why we laugh aa? that notice aa.i think the owner wanted to say "Dont Test.!" maybe.but he heard people said test is the same pronounciation with taste.the he put the "taste word.haha.nice.!


*this is an autopost entry*

12 March 2009

Cara buat pau dan mengepau.

korang tau tak mcm mana pau di buat? eh.jap.korang tau tak pau tu ape? aiya..pau tu yg mcm kat sbelah tu.angpau lain pulak bendanya.aku letak tajuk ni bukan nya nak tulis pasal cara buat pau.tapi ada hal yg lagi penting korang patut tau.iaitu cara mengepau.lagi hebat, lagi menguntungkan.

ok.kita tinggalkan bab pau sbb aku rasa mcm nak tulis panjang je.beginilah ceritanya...

smlm aku gi hantar member aku kat terminal, dia ngan kwn2 dia nak nek bas.dorg turun aku pun take over la nak drive g mkn.pastu aku baru je masuk gear reverse, kereta gerak ke blakang skit je, pok pok.! bunyi but blakang kereta ada org tepuk kuat2.aku tengok la ingat ada kwn aku yg nak tegur aku, lama xjmpe ke atau nak tumpang.pastu ada mat lalok mane tah g tepi tingkap (pintu aku kunci dah) pastu buat isyarat mcm aku langgar dia.dia nak buka pintu sbelah penumpang tu tp xleh.aku pun heran la apa yg aku langgar nye, baru kereta gerak skit je.bunyi langgar (dia ketok) bkn main kuat.pastu dr seat driver aku buat la isyarat sori, tunjuk jam kata nak cepat.dia xpuas hati jgk.dia suruh buka pintu.aku pun buka.

pastu dia ckp, mcm mana ni bang, langgar saya ni.aku pun ckp la balik, langgar ke? baru gerak skit.dia pun berkeras ckp aku langgar dia.dia siap tunjuk luka kat kaki.padahal tu luka dia exciden bila ntah, siap dah jadi parut lagi.pastu dia pun mula mnta duit konon nak beli ubat.rm50 katanya.cit..pau punya org.aku pun buat cerita, saya hntar org ni pun baru dpt rm7 mcm mana nak bayar rm50.dia kata nak report polis tp nak naik ngan aku g balai.cit..kalau bw naek skali, abeh dia pau dlm kereta pulak.aku ckp mahal, dia kata kalau xcaya jom bw sy g hospital, kita cek berapa kena bayar.cit lagi...pastu aku dah tensen tawar2 harga, last skali dia stuju rm15. hah..nampak la sgt2 sifat pau dia tu, harga ubat rm50 dah jadi rm15.situasi diatas berlaku hampir 2ominit kot.

waktu tu..member aku td pun datang balik.dia bdn besar skit.mat lalok td ckp la yg aku langgar dia.mcm org nak percaya dia ja.dia pun tunjuk parut tu.kwn aku ckp sy ada dua kawan doktor, jom cek skrg.dia xnak, nak hospital jgk.ceh betul.ckp punya ckp, kitorang dah panas, bhasa pun dah xtersusun, mat lalok tu dah fhm kot yg dia xkan dpt duit yg dia nak, pastu dia pun dah slow2 skit.last2 skali dia undur, aku pun hulur la tngan, nak salam, ckp setle.dia ckp xsetle jgk, dia amik no.plat keta.cit..aku ckp kat dia, amik la, g la buat report, jgn g hentak kaki tu sudah.hehe.trus bengang muka dia.pastu aku naik keta trus blah.kwn aku pun blah g kat bas.

moral citer ni adalah, org jahat ramai skrg.kalau pompuan yg kat tempat aku smlm, confirm dia pau smpai dpt.ngan aku pun dia berkeras, nasib baik kwn aku dtg join.klu tak mau nye aku layan smpai terbayar rm15.kaki pau punya org.klu dpt duit bukannya nak beli pau, beli dadah, rokok ada la.

(gambar disebelah bukan aku dan kereta tu jgk bukan kereta yg terlibat.sekadar gmbar hiasan.hehe)

Cara-cara : ni pulak aku kongsi skit cara org tu nak buat situasi aku langgar dia.mula2 dia nmpak aku smpai, pastu aku tukar g kat driver utk drive, dia pun berdiri tepi bontot kereta konon mcm tunggu org.aku tengok la kat blakang xde org,xde kreta.aku pun masuk gear reverse, wktu kreta bergerak tu la dia cpt2 jalan blakang kreta pastu tepuk kuat2 konon mcm dilanggar.haa..pastu dia pun mula la minta duit.

Ramuan : utk korang, nasihat aku.hati-hati la.
1-kluar ngn lebih dari sorg kalau boleh.
2-yg pompuan tu aware tu kena lagi lebih sbb korg ssh skit nak defend diri.berhati-hati kluar bar ada laki jgk lagi bagus.
3-pastikan pintu kreta berkunci bila berhenti parking atau menunggu org.sbb org jahat boleh trus terkam masuk, letak pisau kat perut korg, pastu ugut.org luar akan nmpak mcm korg tgh borak2 je.
4-jgn bagi org yg korg xkenal tumpang ngan korg.
5-korang kalau ada tips, share la kat ruang komen eh.


*aku ngan member aku geram gilerrrr..!

05 March 2009

Game Lepas Geram kat Norman Hakim

Hari ni aku ada baca newspaper pasal satu permainan / game berasaskan media flash yang dibuat untuk menunjukkan rasa geram kepada Norman Hakim. aku dah cuba game tu. dah ramai jugak yang main.

kalau korang nak cuba, KLIK SINI.

agak menarik.ada juga pendapat yang minta gambar memey pun dimasukkan sekali.aku ada juga baca statement Norman Hakim katanya dia tak kisah org buat game tu malah kagum dengan kekreatifan org yg buat tu.jadi, harap xde la yg nak menyaman aku nanti ye.peace.!

sebenarnya sesiapa pun boleh buat game tu kerana website tersebut menyediakan wizard untuk kita bina permainan sendiri.aku pun dah cuba. lihat dibawah ni.





Jadi lepas ni, artis lain pun kena la hati-hati pulak.mungkin lebih ramai yg jadi mangsa.sebenarnya, bukan mangsa. org yg buat mcm tu, ade la yg dia tak puas hati. jadi, walaupun artis selalu gunakan ayat "kita tak dapat puaskan hati semua pihak", cuba-cuba la jangan buat banyak pihak yg xpuas hati ye.tak bagus untuk anda dan semua.