Menu

Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

02 March 2009

Street Fighter : The Legend Of Chun-li

aku g tengok Street Fighter : The Legend Of Chun-Li smlm. best gak citer ni.g ngan tema aku, mulanye dier x excited pun nak tengok sbb dier xtau pun pasal street fighter. aku pun mula la citer dari capcom asalnya sehinggalah karekter2 street fighter.aku pun dah lama tinggal alam game nih.boleh la citer skit2.

dipendekkan citer yg dah memang sedia pendek, ktorang pun masuk la tengok. +air punch kotak besar sorok dlm beg + sweetcorn.hahah.purfek.!

firstly, alu list watak yg appear dlm movie ni, chun-li (kristin kreuk) of course la kan, Gen, Bison (si jahat), Balrog (kuli bison), Vegas, pastu yg lain tu ada la polis Nash ngan awek dia, parent chun-li dll.

Dijadikan kisahnya, ayah chun-li sorg bisnesman yg tersgt la berjayanya, dorg slalu pindah randah atas urusan bisnes dan mungkin jgk keselamatan drpd bison.dlm masa tu jgk chun-li (kecik2 lg) sempat blajar kungfu ngan ayah dia. pastu wktu chun-li kecik2 lg, bison ngan konconya culik ayah chun-li. sebabnya?

bison ni ketua organisasi jahat bernama shadaloo yg ada buat share ngan ketua organisasi lain.dia culik ayah chun-li sbb nak dptkan pengaruh bisnes ayah chun-li utk kembangkan pengaruh shadaloo.dlm masa tu jgk dia bunuh smua ketua2 yg lain utk kuasai smua kawasan.jahat kan? dia rampas tanah setinggan utk buat rumah mahal.


dah.pasal chun-li plak.dia dpt skrol dr org tak dikenali (Gen), utk cari Gen dan ayahnya, dia kena tinggalkan smua hal lain.dia merantau dr HongKong ke Bangkok (tempat kuasaan Shadaloo).pas merempat 2,3 hari, dia pun jmpa Gen. dah jadi guru la kiranya.Gen ajar chun-li extra martial art dgn cara buat bebola api (sedikit efek disitu).pastu kononnya gen mati kena rpg tak pun.chun-li kena tgkap dan dpt jmpe ayahnya,pastu dorg bunuh ayah dia depan2 dia..pendekkan lg citer,chun-li nak g amik white rose(anak dan kelemahan bison).pastu gen muncul lg.pastu lawan2, chun-li bg bebola api kat bison dan patahkan leher bison dpan anaknya.sama mcm bison buat kat chunli.

dan..last skali Gen ada mention nama Ryu tp kejap je.aku rasa pasni mesti movie The Legend of Ryu.

ni pesal tetiba ada gambo wolverine nih? ha..ni aku nak tambah skit.aku xtengok lg movie ni.xkluar lg pun.saje aku nak include sbb ade kesinambungan di situ.heheh.

Nama movie ni, X-men Origins : Wolverine. korg nmpak tak persamaan ngan movie kat atas, Street Fighter : The Legend of Chun-li. dorg ni dah abeh idea agaknya. dah mula nak buat movie kenalkan satu2 watak utk setiap movie.aku rasa (dan agak pasti) pasti akan kluar yg watak lain pulak contohnye X-men Origin : Cyclops atau watak yg lain. dan juga Street Fighter : The Legend of Ryu (yg ni aku agak pasti)hehe.

aku dah tengok trailer utk movie x-men origin wolverine ni, best jugak.klu xbest xdelah dorg buat movie ye tak.hehe.tapi, nsihat jgk skit, ade citer malaysia tu tengok2 la jgk eh.support skit. dan, producer2 malaysia tu, buat la yg berkualiti dan mampu menarik minat org eh.jgn buat movie ala kadar je.nak duit dan glamer je. chaiyok utk kite smua.!

aku tulis panjang pulak kali ni eh. knape? ini aku punye blog lah.

22 February 2009

Geng : Pengembaraan Bermula

wakakakakau..kelakau...tercapai gak hasrat aku (dan temanku) utk tengok citer Geng ni.korang ingat Upin Ipin? ntah kenal ke tak..appara korg..itu dua budak kembar comel masa bulan puasa tv9 tu la...btul betul betul!!!

dari awal iklan first lagi aku dah ikut trailer dier.aku ingt lagi, aku tengok iklan tu ckp, Coming Soon 2008, dah tu smpai hujung 2008 pun xde lagi, frust la aku. tp aku tengok2 gak the making dorg ckp proses rendering kena extend skit sbb lama sgt2 utk dapatkan high quality. berbaloi. congrates to Les Copaque (aku tafsirkan sebagai kurang kopak) tp dorg ada tafsiran yg lebih manis la.

bagi aku yg slalu tngok wayang, dan aku agak suka mengkritik, citer Geng ni superb dalam kategorinya la sbb ni first animasi 3D CGI buatan malaysia.anak tempatan yg buat pulak tu.sound efek pun hebat.dlm the making, aku tngok smua sound efek dorg hasilkan sendiri.kagum gak aku org kite ada skil yg tersangat tinggi.gambar clear, 3D smooth xde sangkut2, fx power. dll..kang komen lebih panjang sgt pulak.

mimos antara penaja utama dalam produksi filem ni.dorg kasi itu besar bapak punya server storage utk proses rendering.harap pasni banyak lagi company tempatan yg terbuka hati nak melabur kat industri tempatan.dan industri tu sendiri mesti la kena perhebatkan kualiti.baru la pelabur yakin.aiiyaa..husz..cakap bisnes pulak ka..

haah..berbalik kepada geng the movie nih.klu aku buatkan sinopsis, nnti yg belum tengok dah tak rase suspen dan.citer ni mmg klakar habis.standard la dgn disney pixar atau dreamworks (err..dreamworks belum lagi kot sbb aku peminat hasil kerja dreamworks.heheh). korg mmg xkering gusi sbb asyik kunyah popcorn ngan minum air. oit..tak la.korg takkering gusi sbb gelak xbenti.dan..lagi satu aku nak highlight, citer ni mmg mcm animasi klakar comel, tp ada jgk part yg xsesuai utk budak kecik dan org yg lemah jantung, mungkin jgk org yg pregnant sbb ada part yg sgt mengterkejutkan dan mendebarkan.mungkin tu la sbb nama Pengembaraan Bermula kot.dlm hall aku tengok tu, ade budak nangis cari mak dia sbb takut.heheh. 'teman' sebelah aku pun nyaris nangis sbb ade part sedih.hihi.

overall...mesti tonton.! dan..sokonglah produksi Malaysia.

Beetul betul betul.!

19 January 2009

Movie : Kinta dan Outlander

Baru-baru ni aku g tengok movie, combo dua skali gus. citer kinta ngan outlander. mula2 aku dah lalu dah kat kedai jual dvd tengok dah ada citer outlander pirate, mcm best je preview dier, aku nak tengok jgk kat cinema, biar puas skit.



aku tengok kinta dulu mula2,tapi aku komen dulu la pasal outlander nih. overall citer ni best, cool, jalan cerita ok. effect2 ok. ni kisah tentang beberapa tamadun yg berbeza. Outlander adalah gelaran sorang laki dari tamadun yg maju yg terhempas kapal angkasanya ke sebuah bumi dimana tinggal manusia tamadun lama seperti viking. Kerajaan outlander nak jajah tanah baru yg dihuni makhluk ganas.lepas dah jajah tanah tu, makhluk tu serang balas dan outlander and the team nak bawa balik mayat2 kwn nya.pada masa tu makhluk tu masuk kapal dorg dan membuat onar.maka terhempas la ia ke bumi viking.makhluk tu jugak bermaharajalela di kawasan yg sama. maka, perang itu ini berlaku... (aku malas nak cerita panjang.hihi)


Kinta pulak. kinta adalah citer martial art pertama malaysia (yg aku baca kat poster dia la).tp klu tak silap aku dan banyak citer malaysia yg mcm tu contohnya Hang Tuah, Keris Hitam Bersepuh Emas dan lain2.

Kinta ni, bg aku ok la utk permulaa. tapi....kenapa mesti ada effect darah yg melampau2 dan terlalu ketara kekartunan darah itu.dorg nak buat effect darah terpercik bila gaduh tp darah tu mmg nampak sgt2 la tak real dan dibuat secara ketara.klu takde effect darah tu lagi la ok.dah macam citer lawak pulak.lagi satu, ada scene pkul2 tu,kluar la darah merah(yg ditambah dengan cgi tu) pastu ade flashback scene yg sama, hitam putih, tapi darah tu tetap warna merah.klakar la dorang ni.

tp dari segi fighting tu ok jgk la.jalan jerita berterabur skit.overall, perlu banyak improve lagi maa...

aaa..tu je.len kali aku tulis pasal movie lain pulak.aku mmg suka tengok cinema sbb malas nak beli dvd,nnti kena jaga takut calar, klu donload,torrent slow,uia block dll. aku jimat space harddis.hihi..penuh dengan alasan.
ok..seeya.!