Menu

Showing posts with label Aku menaip. Show all posts
Showing posts with label Aku menaip. Show all posts

11 June 2009

Husz, macam mana nak belajar komputer?


sesuai ke tajuk post ni? boleh la.kadang2 ade jgk org tanye aku soalan macam ni atau lebih kurang mcm ni. tau ape jawapan aku.sesetengah org dah tau. aku akan jawab, mula2 kena ada minat. itu yg paling penting. klu xde minat jadi mcm hangat2 taik ayam. xnak mcm tu, kte nak mcm hangat2 taik unta, unta berak kat padang pasir, tetap panas bila kena matahari.heheh.menjijikan blog aku je. gitu lah perumpamaannya.

kenapa eh aku jawab perlu ada minat? sila terangkan encik husz.

+Beginilah ceritanya...

Bila someone tanya aku soalan mcm tu, aku akan tengok dulu, dia tanya ni sbb ape. ada org tanye sbb betul2 minat.kadang2 lepas aku handle satu2 majlis (jadi technician jd laptop) ada gak yg tanya, mungkin sbb nak jgk merasa dok depan tu, kononnya nmpak macho.ada gak tanye sbb nak tunjuk terer kat kawan atau awek.ada gak tanye sbb saje2.ape pun sbb soalan tu wujud, aku tetap jawab, kena ada minat.

apa jadi kalau xde minat? ko akan blajar sparuh jalan. ko akan stop bila dah dpt apa yg ko nak je.mcm aku, aku minat komputer secara umumnya, jujurnya, xde la smua benda aku tau. web2 ngan software2 aku tau skit, bab programming aku xtau, jd aku cari kwn utk ajar.aku g library pinjam buku.atas inisiatif sendiri.tak semestinya perlu masuk klas komputer.bila ada minat, kita akan cuba utk dapatkan.bak kata org, nak seribu daya.

kalau ada org minat nak blajar, aku pun minat nak mengajar, klu ada org sudi mengajar, aku pun nak sgt2 belajar.org xnak ajar pun nak jgk aku curi2 tengok mcm mana someone buat something.aku pernah handle bengkel web n blog kat skolah aku, dan bengkel blog kat matrik uia, penyertaan adalah percuma dan sukarela. ramai gak yang masuk.kat situ aku dah bleh nmpak kesungguhan dan minat yg ada. waktu bengkel tu klu betul2 fokus, tanya itu ini, salah mcm2 dia edit itu ini, MINAT la tu. kalau waktu bengkel tu, cek2 emel, main frindster , myspace, facebook, chat ym, TAK MINAT la tu.

conclusion, tanamkan la minat dlm apa jua yg kita buat, baru akan jadi sungguh2.nsihat ni utk diri aku juga.dan tak khusus utk bidang komputer saja. apa saja...

22 May 2009

Aku menaip : Variasi Penawar Kebosanan

Korang pernah rasa bosan? Kenapa eh? Boring atau kebosanan ni disebabkan oleh situasi di mana kurang aktiviti untuk dilakukan, sama juga jika melakukan aktiviti yang sama. kalau rasa bosan tu, cuba fikir kejap, kenapa aku bosan. apa yg boleh aku buat utk hilangkan bosan. dan kalau aku buat yg sepatutnye, boleh ke aku bosan. contohnya waktu kelas, ponteng pastu duduk kat bilik rasa bosan. itu tak betul sbb waktu tu sepatutnya kat kelas.



Contohnya...

+Baca Lagi...

aku g mkn kat PizzaHut. biasanya dlm order mesti ada sup dgn garlic bread. slalunya sama ada trus mkn bread tu mcm tu je atau cicah ngan sup tu. aku dah agak bosan mcm tu, jd aku cuba cara baru. aku potong kecik2 bread tu, letak dlm sup pastu kacau. perrgghh...lagi nikmat.bread tu jd lembut dan bersalut sup yg pekat. sedap. sesape yg slalu mkn kat pizzahut boleh cuba. itu antara variasa cara mkn. ada jgk kwn aku yg cicah karipap dlm air sirap atau kopi. depends. ade yg ckp, ewww... ceh...ape nak eww nye, ko mkn benda tu bercampur sama je dlm mulut ngan perut ko.ewww konon.mkn je la..

jadi lepas ni, buat ape pun klu korang rasa bosan tentang sesuatu, cuba variasikan. contoh lagi?

bila bosan study, cuba study group.msti happening.
bila bosan main bola, cuba main sukan lain, mesti mencabar.
bila bosan sms, cuba stop kejap, buat menda lain, pastu baru mula semula. atau cuba facebook.heheh.

sembahyang? aiya..itu kena ikhlas, xleh la bosan. tp klu nak variasi, boleh tambah ngan solat sunat atau perbanyakan doa berlainan. jgn variasi sampai tinggal pulak.

sesiapa yg ada idea utk hilangkan bosan, sila kongsikan. see ya.

18 January 2009

Suka, Minat, Sayang, Cinta

-aku dah lama post benda ni kat blog friendster, aku taip ni pun waktu form5, just repost kat blogger pulak-

Suka > Minat > Sayang > Cinta

Husz menaip lagi..terus membawa definisi mengikut kepala otak sendiri.Demi kepuasan sejati. Demi pengertian abadi. Demi kefahaman yang perlu difahami. Dan demi meluahkan segala yang terbuku di hati.Apa ni? Korang faham ke? Kalau tak takpelah..aku pun hampir-hampir tak faham apa yang aku taip ni..

Kali ni membawa satu tajuk yang memang fitrah bagi manusia.Empat perkataan yang berbeza dan membawa maksud yang juga terlalu berbeza. Mungkin pada pandangan korang semua ada persamaan antara mungkin dua atau tiga perkataan tu tapi bagi aku, bagi husz, berbeza. Terlalu berbeza. Jangan salah ertikan keempat-empat perkataan ni. Dan kalau salah penggunaannya mungkin akan membawa salah erti perasaan korang semua. Sebagai contoh kalau perkataan 'cinta' dilafazkan pada orang yg kita minat. Terkejut beruk dia nanti..Macam tu jugak dengan perkataan lain..semuanya membawa pengertian yang mendalam masing-masing..Oklah..suka,minat,sayang dan cinta.ni aku susun ikut susunan menaik. Bila ada suka tak semestinya ada minat.tapi bila ada minat semestinya ada suka.macam tu jugak yang lain.dan bila sudah mencapai tahap cinta..didalamnya terkandung segalanya..sebab itu dikatakan cinta itu agung..

Korang pernah bercinta tak?Husz pernah tapi dah abis..sebab tu aku tahu buat definisi sendiri tentang 4 perkataan nih..kalau korang pernah bercinta..mesti korang pernah lalui empat peringkat ni..dan untuk itu,aku bangkang sepenuhnya istilah "cinta pandang pertama".sebabnya,jatuh hati kali pertama itu bukan cinta.bermula dengan suka dan seterusnya.contoh, korang seorang lelaki,tengok seorang perempuan cute atau baik akhlaknya(terpulang pada korang),korang terus jatuh cinta,mana mungkin perasaan itu dipanggil cinta..kalau korang mengaku yang korang dah memang jatuh cinta pada dia pada pandangan pertama, aku secara lantang mengatakan bahawa itu adalah berlandaskan nafsu semata-mata.jangan salah tafsir perasaan korang sendiri.

Sekali pandang, jatuh hati pada wajahnya, mungkin akhlaknya,mungkin peribadinya, mungkin keramahannya, dan mungkin pada kriteria lain..itulah SUKA..dan bila timbul perasaan suka..korang akan tak kisah bila-bila pun dia muncul depan korang sebab korang suka..takkan ade perasaan benci atau meluat..itulah suka..dan bila korang banyak kali melihatnya atau menghadapi kelakuannnya, korang akan semakin ketagih atau berkehendakkan untuk melihat atau menghadapinya lagi..itulah dipanggil rasa MINAT..bila minat korang yang akan mencarinya..dan korang akan berusaha untuk menghadapinya,sama ada mungkin bersemuka atau paling kurang dapat melihatnya dari jauh..sekalipun dia tidak memberi respon..makin lama perasaan minat semakin membuak-buak menyebabkan korang rasa tak senang duduk bila tak melihatnya..rindu bila tak menghadapinya..lebih-lebih lagi jika dia dah memberi respon balas..tika ini, korang dah sampai keperingkat SAYANG..dan..bila tiba keperingkat terakhir iaitu CINTA,korang akan rasa satu perasaan yang indah lebih-lebih lagi jika dia pun melafazkan benda yang sama..cinta..tertunggu berita darinya,dan bila berjanji untuk sesuatu,rasa macam terseksa menunggu saat itu..inilah yang dikatakan dilamun cinta..hati sentiasa rindu..ingin selalu bertemu..dan bila bertemu macam tak cukup waktu..

Firdaus - Cinta dan harapan

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa merungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat tuhan yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan

Untuk kita abadikan
Kasih dialam cinta
Ku bahagia

Namun begitu, punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia,sebabnya sewaktu korang berusaha mendapatkanya hati korang akan berasa bimbang, dan apabila nyata korang tak memperolehinya korang akan berasa terlalu kecewa dan bila korang dapat pulak, korang akan takut dan risau yang ia akan luput..jadi bila dah bercinta, beradalah dilandasan yang betul..cinta tidak buta tetapi kita yang membutakan cinta..cinta yang sejati ialah cinta yang membawa kita mendekati ilahi.


Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan harta, kita tak bawa ke mati.
Cintakan dunia, dunia akan kiamat.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan ilmu, untung dunia akhirat.
Cintakan Ilahi, cinta yang kekal abadi.

Fahamilah betul-betul sesuatu sebelum menghadapinya agar kita tak dikecewakan atau mengecewakan.Husz pernah alami kekecewaan dan menyebabkan kekecewaan.tapi semua tu mematangkan..kita tidak sempurna tapi kita boleh berusaha memhampiri kesempurnaan..cinta itu suci jika lahir dari hati dan bukan dari nafsu..

Lagi sekali husz tamatkan sebuah rencana dari kepala sendiri..dan diingatkan lagi..ini adalah karya sendiri.kalau ada yang tak memuaskan hati korang atau mungkin berselisih faham dengan pandangan korang,itu adalah hak aku dan hak korang..terpulanglah pada korang semua untuk menilainya..terpulanglah pada korang untuk menerima atau menolaknya..

Salam permisi Husz mengundurkan diri...


Rindu dan Hati

-aku dah lama post benda ni kat blog friendster, aku taip ni pun waktu form5, just repost kat blogger pulak-

Malam ni aku kembali, menaip semula sesuatu untuk blog aku..rasa sunyi sendiri pulak bila lama tak online..ntah la.aku kini dilanda demam rindu.aku pun tak pasti apa yg sedang aku rindukan.mungkin kawan2 sekolah yg selalu gelak ketawa sama2, mungkin family aku yg tak pulang cuti semua, mungkin arwah ayah yg dah agak lama meninggalkan aku, mungkin adik2 form 1 aku yg dah lama tak bersua muka, mungkin dan mungkin..

Bila aku sedang merindu aku akan dengar lagu,menyanyi,aku mengelamun,aku buat aktiviti yg boleh buat aku lupakan perkara yg aku rindu dan mungkin aku akan jumpa ngan apa yg aku rindui..sebagai contoh,bila aku rindukan arwah ayah aku,aku akan sedekahkah al-fatihah dan nyanyi lagu SAP,bila rindukan adik2 form 1,aku akan pi lepak kat dorm diorang sembang2,bila aku rindukan seseorang yg jauh,ntah kenapa tetiba dia call..tengok gambar, baca surat lama, tengok rakaman dulu, sembang dan ungkit perkara dulu, kenangan manis dulu..tu semua cara nak release rindu..



Kekadang aku rasa rindu macam satu kuasa perhubungan ghaib, yg kita sendiri tidak sedar..macam aku cakap tadi,bila rindukan seseorang..tiba-tiba dapat panggilan dari dia..dan aku dengar orang tua2 cakap.bila bulu mata gugur itu tandanya ada orang sedang merindu.bila tersedak waktu makan,itu tandanya ada orang sedang sebut2 nama kita..rindu le tu..tapi tu bukan fakta dan cuma kata2 orang lama..tak leh percaya sangat.tapi kekadang benda2 camni buat aku terfikir,rindu tu ape? perasaan dari naluri manusia yg menyatakan ingatan pada sesuatu..itu difinisi aku sendiri.mungkin korang ada pendapat sendiri.dan aku rasa rindu ni mampu menghubungkan sesama antara dua insan yg merindu..korang pernah rasa tak situasi macam ni..aku rasa aku pernah..aku dulu pernah rasa seperti sedang bercakap dengan seseorang dalam hati kau..waktu tu..aku rindu sangat kat dia..aku pejam mata..kenang balik apa yg boleh aku ingat tentang dia.dan waktu tu aku mencelah dalam kenangan lama..aku berinteraksi dengan dia dan dia bagi respon..tu senarnya imiginasi aku sendiri, aku tahu yg waktu tu aku sedang bercakap dengan diri sendiri..tak de connection sebenarnya..cuma imiginasi yg terlalu tinggi..korang faham ke apa yg sedang aku cakapkan ni..bagi aku..aku faham dan aku selalu alami benda ni.

Kenapa mesti ada rindu? adakah rindu muncul cuma bila ada sayang?..betul ke tak kenal maka tak cinta?.rindu tu ada penawar tak? rindu tu boleh dihalang tak? dan bolehkah kita tentukan bila datangnya rindu? aku pun tak tahu.ini semua anugera Allah yg maha bijaksana..manusia adalah sesempurna kejadian..aku pasti yg antara kita semua pernah menghadapi rindu..sekalipun korang yg mungkin antisosial..tak de benda yg nak dikenang, takde benda yg nak dirindu.korang pernah hadapi rindu..cuba ingat balik waktu bila kita terfikirkan seseorang yg tiba-tiba muncul di lubuk hati..ntah kenape la rindu ni..dari dalam hati..



Hijjaz-Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Hati itu sebenarnya naluri kita..korang tentu pernah dengar perkataan kalbu..kalau korang perasan,dalam doa pun ada disebut perkataan ni..ini bermaksud ia tak merujuk kepada memori di otak..tapi ada lagi satu medium yg mampu mengawal diri dan emosi kita..bila korang sakit hati pada seseorang..geram yg terlalu geram..korang akan rasa sesuatu dihati..tu yg dikatakan sakit hati..minda kita membangkang dan naluri kita memberontak..bila kita merindu pulak..kita akan rasa seperti ada sesuatu yg kita harapkan yg lahir dari hati..kadang-kadang kita peluk peluk sesuatu seperti bantal ke ape2 lagi dekat dengan hati kita bila terlalu rindu atau terlalu geram dan sedih,di dada..kenapa ? kenapa tak letak kat kepala ke..letak kat kaki ke..tapi di hati..itulah tandanya naluri kita terletak dibahagian tu..dan kenapa ia dipanggil hati jugak..sebab ia terletak dekat dengan hati dan manusia pun menganggap bahawa perasaan tu adalah dari seketul hati tu..


Dah habis definisi aku pasal hati dan rindu tu..waktu aku taip artikel ni pun..aku teringat kat 'adik' aku..dan tiba-tiba dia call.ape maksudnya tu..aku masih mencari kuasa rindu yg sebenar..dan aku rasa aku perlu mendalami erti naluri dan kalbu yg sebenar..korang kalau ada apa-apa nak berkongsi ngan husz, silakan..mungkin korang ada definisi tersendiri tentang rindu..dan mungkin korang nak citer kejadian kat korang yg menunjukkan kuasa rindu..mari sama-sama berkongsi..



bercakap pasal hati lak..'kau di hatiku', 'namamu terpahat di hati'dll..lafaz-lafaz insan bercinta..di hati?..macam mana kita leh simpan sesuatu di hati..hati kan organ cuma dijadikan allah dari segumpal darah..macam mana ia leh simpan maklumat..tak macam otak yg ada sel-sel yg leh simpan memori..tapi hati tak..cuma penuh dengan darah merah..korang pernah terfikir tak di mana hati kita yg selalu kita sebut-sebut tu..dulu pun aku selalu fikir benda ni..di mana hati kita yg kita guna untuk merindu.mana hati yg terluka bila kita disakiti.mana hati yg kita yg membawa kita menyayangi seseorang..lama juga aku mencari apa itu hati yg sebenarnya..dan akhirnya aku temui jawapan sendiri..aku buat tafsiran sendiri..memang ramai kawan2 aku selalu cakap aku ni suka buat teori atau jawapan sendiri..tak pe lah daripada aku terus tertanya-tanya tanpa jawapan dan terus mendamba sesuatu yg tak pasti..