Menu

16 March 2009

Kapal terbang kertas di kelas BM

Adakah ini sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam subjek Bahasa Melayu? Atau cikgu secara kreatifnya telah menyelitkan aktiviti ini ke dalam pengarannya untuk menarik tumpuan pelajar? Sungguh hebat.!

Kelas BM yang lalu, cikgu Fuziah telah membuat aktiviti praktikal di dalam kelas iaitu, membina kapal terbang kertas dan plan strateginya. Kumpulan aku dianggotai oleh 4 orang, terdiri daripada aku, Faisal, Danial dan Rizqan.

Kapal terbang kami diberi nama, Kamikaze 101. Ini kerana kami membuat andaian bahawa kapal terbang kami bakal terbang secara menjunam dengan kelajuan 101km/j. Tetapi andaian kami silap. Kami membuat percubaan setelah is siap dibina. Kamikaze 101 terbang dengan penuh bergaya. Ia akan mendarat di tempat ia dilancarkan. Menangkap semua perhatian. Membuka mulut yang tercengang. Meluaskan mata yang kagum. Menghentikan semua projek kumpulan lain buat seketika. Begitulah gahnya Kamikaze 101 terbang di ruang udara kelas Bahasa Melayu pada ketika itu.

Sewaktu membentangkan plan strategi, aku selaku jurucakap dan faisal bertindak sebagai 'juruterang' untuk membuat demonstrasi. Aku menerangkan betapa stabilnya ciptaan kami, arah penerbangan dapat ditentukan, bentuk aerodinamik yang maju, dan pelbaga lagi teknologi yang mampu dicapai oleh sebuah kapal terbang kertas. Tiba giliran Faisal, dia melancarkan kapal terbang itu, tidak dijangka, ia melanggar LCD Projector lalu menjunam. Aku menyelah, "Itu demonstrasi pendaratan kecemasan", semua ketawa. Percubaan kedua, ia tidak melanggar apa-apa, tetapi tetap menjunam ke arah kumpulan pelajar perempuan. Aku mencelah, "Juruterbang nampak perempuan cantik la...", semua ketawa lagi. Lalu kami pun menamatkan pembentangan.

*ok tak bahasa baku aku dalam post ni ?

4 comments:

  1. hahahaa..ade juga cikgu mcm ni ye..tp best ape, tak la boring belajar...sekali sekala ade juga aktiviti..nnt bg la cadangan bina kapal angkasa pula..mesti cool...ok selamat berjaya...

    ReplyDelete
  2. asalnya nak periksa tatabahasa, tapi macam ada beberapa yang perlu diperbaiki.. malas. hehe.. boleh la kalo nak score at least A- nanti :)

    ReplyDelete
  3. korang belajar ni masa kelas BM??!!
    mantap...
    aku ingatkan belajar kat U selalunya skema... :D

    ReplyDelete
  4. hoho. cikgu BM memang cool!

    teringat aku jet kertas terbang keliling cikgu lah masa kelas 3 umar dulu (>_<)

    ReplyDelete