Suka > Minat > Sayang > Cinta
Husz menaip lagi..terus membawa definisi mengikut kepala otak sendiri.Demi kepuasan sejati. Demi pengertian abadi. Demi kefahaman yang perlu difahami. Dan demi meluahkan segala yang terbuku di hati.Apa ni? Korang faham ke? Kalau tak takpelah..aku pun hampir-hampir tak faham apa yang aku taip ni..
Kali ni membawa satu tajuk yang memang fitrah bagi manusia.Empat perkataan yang berbeza dan membawa maksud yang juga terlalu berbeza. Mungkin pada pandangan korang semua ada persamaan antara mungkin dua atau tiga perkataan tu tapi bagi aku, bagi husz, berbeza. Terlalu berbeza. Jangan salah ertikan keempat-empat perkataan ni. Dan kalau salah penggunaannya mungkin akan membawa salah erti perasaan korang semua. Sebagai contoh kalau perkataan 'cinta' dilafazkan pada orang yg kita minat. Terkejut beruk dia nanti..Macam tu jugak dengan perkataan lain..semuanya membawa pengertian yang mendalam masing-masing..Oklah..suka,minat,sayang dan cinta.ni aku susun ikut susunan menaik. Bila ada suka tak semestinya ada minat.tapi bila ada minat semestinya ada suka.macam tu jugak yang lain.dan bila sudah mencapai tahap cinta..didalamnya terkandung segalanya..sebab itu dikatakan cinta itu agung..
Korang pernah bercinta tak?Husz pernah tapi dah abis..sebab tu aku tahu buat definisi sendiri tentang 4 perkataan nih..kalau korang pernah bercinta..mesti korang pernah lalui empat peringkat ni..dan untuk itu,aku bangkang sepenuhnya istilah "cinta pandang pertama".sebabnya,jatuh hati kali pertama itu bukan cinta.bermula dengan suka dan seterusnya.contoh, korang seorang lelaki,tengok seorang perempuan cute atau baik akhlaknya(terpulang pada korang),korang terus jatuh cinta,mana mungkin perasaan itu dipanggil cinta..kalau korang mengaku yang korang dah memang jatuh cinta pada dia pada pandangan pertama, aku secara lantang mengatakan bahawa itu adalah berlandaskan nafsu semata-mata.jangan salah tafsir perasaan korang sendiri.
Sekali pandang, jatuh hati pada wajahnya, mungkin akhlaknya,mungkin peribadinya, mungkin keramahannya, dan mungkin pada kriteria lain..itulah SUKA..dan bila timbul perasaan suka..korang akan tak kisah bila-bila pun dia muncul depan korang sebab korang suka..takkan ade perasaan benci atau meluat..itulah suka..dan bila korang banyak kali melihatnya atau menghadapi kelakuannnya, korang akan semakin ketagih atau berkehendakkan untuk melihat atau menghadapinya lagi..itulah dipanggil rasa MINAT..bila minat korang yang akan mencarinya..dan korang akan berusaha untuk menghadapinya,sama ada mungkin bersemuka atau paling kurang dapat melihatnya dari jauh..sekalipun dia tidak memberi respon..makin lama perasaan minat semakin membuak-buak menyebabkan korang rasa tak senang duduk bila tak melihatnya..rindu bila tak menghadapinya..lebih-lebih lagi jika dia dah memberi respon balas..tika ini, korang dah sampai keperingkat SAYANG..dan..bila tiba keperingkat terakhir iaitu CINTA,korang akan rasa satu perasaan yang indah lebih-lebih lagi jika dia pun melafazkan benda yang sama..cinta..tertunggu berita darinya,dan bila berjanji untuk sesuatu,rasa macam terseksa menunggu saat itu..inilah yang dikatakan dilamun cinta..hati sentiasa rindu..ingin selalu bertemu..dan bila bertemu macam tak cukup waktu..
Firdaus - Cinta dan harapan
Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan
Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa merungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya
Hanya kudrat tuhan yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih dialam cinta
Ku bahagia
Namun begitu, punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia,sebabnya sewaktu korang berusaha mendapatkanya hati korang akan berasa bimbang, dan apabila nyata korang tak memperolehinya korang akan berasa terlalu kecewa dan bila korang dapat pulak, korang akan takut dan risau yang ia akan luput..jadi bila dah bercinta, beradalah dilandasan yang betul..cinta tidak buta tetapi kita yang membutakan cinta..cinta yang sejati ialah cinta yang membawa kita mendekati ilahi.
Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan harta, kita tak bawa ke mati.
Cintakan dunia, dunia akan kiamat.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan ilmu, untung dunia akhirat.
Cintakan Ilahi, cinta yang kekal abadi.
Fahamilah betul-betul sesuatu sebelum menghadapinya agar kita tak dikecewakan atau mengecewakan.Husz pernah alami kekecewaan dan menyebabkan kekecewaan.tapi semua tu mematangkan..kita tidak sempurna tapi kita boleh berusaha memhampiri kesempurnaan..cinta itu suci jika lahir dari hati dan bukan dari nafsu..
Lagi sekali husz tamatkan sebuah rencana dari kepala sendiri..dan diingatkan lagi..ini adalah karya sendiri.kalau ada yang tak memuaskan hati korang atau mungkin berselisih faham dengan pandangan korang,itu adalah hak aku dan hak korang..terpulanglah pada korang semua untuk menilainya..terpulanglah pada korang untuk menerima atau menolaknya..
Salam permisi Husz mengundurkan diri...
gud touch..
ReplyDelete=)
=) tenkiu.skali skala luahkan pendapat sendiri best jgk.
ReplyDeletesangat bersetuju dengan pendapat husz :)
ReplyDelete