Menu

18 January 2009

Rindu dan Hati

-aku dah lama post benda ni kat blog friendster, aku taip ni pun waktu form5, just repost kat blogger pulak-

Malam ni aku kembali, menaip semula sesuatu untuk blog aku..rasa sunyi sendiri pulak bila lama tak online..ntah la.aku kini dilanda demam rindu.aku pun tak pasti apa yg sedang aku rindukan.mungkin kawan2 sekolah yg selalu gelak ketawa sama2, mungkin family aku yg tak pulang cuti semua, mungkin arwah ayah yg dah agak lama meninggalkan aku, mungkin adik2 form 1 aku yg dah lama tak bersua muka, mungkin dan mungkin..

Bila aku sedang merindu aku akan dengar lagu,menyanyi,aku mengelamun,aku buat aktiviti yg boleh buat aku lupakan perkara yg aku rindu dan mungkin aku akan jumpa ngan apa yg aku rindui..sebagai contoh,bila aku rindukan arwah ayah aku,aku akan sedekahkah al-fatihah dan nyanyi lagu SAP,bila rindukan adik2 form 1,aku akan pi lepak kat dorm diorang sembang2,bila aku rindukan seseorang yg jauh,ntah kenapa tetiba dia call..tengok gambar, baca surat lama, tengok rakaman dulu, sembang dan ungkit perkara dulu, kenangan manis dulu..tu semua cara nak release rindu..



Kekadang aku rasa rindu macam satu kuasa perhubungan ghaib, yg kita sendiri tidak sedar..macam aku cakap tadi,bila rindukan seseorang..tiba-tiba dapat panggilan dari dia..dan aku dengar orang tua2 cakap.bila bulu mata gugur itu tandanya ada orang sedang merindu.bila tersedak waktu makan,itu tandanya ada orang sedang sebut2 nama kita..rindu le tu..tapi tu bukan fakta dan cuma kata2 orang lama..tak leh percaya sangat.tapi kekadang benda2 camni buat aku terfikir,rindu tu ape? perasaan dari naluri manusia yg menyatakan ingatan pada sesuatu..itu difinisi aku sendiri.mungkin korang ada pendapat sendiri.dan aku rasa rindu ni mampu menghubungkan sesama antara dua insan yg merindu..korang pernah rasa tak situasi macam ni..aku rasa aku pernah..aku dulu pernah rasa seperti sedang bercakap dengan seseorang dalam hati kau..waktu tu..aku rindu sangat kat dia..aku pejam mata..kenang balik apa yg boleh aku ingat tentang dia.dan waktu tu aku mencelah dalam kenangan lama..aku berinteraksi dengan dia dan dia bagi respon..tu senarnya imiginasi aku sendiri, aku tahu yg waktu tu aku sedang bercakap dengan diri sendiri..tak de connection sebenarnya..cuma imiginasi yg terlalu tinggi..korang faham ke apa yg sedang aku cakapkan ni..bagi aku..aku faham dan aku selalu alami benda ni.

Kenapa mesti ada rindu? adakah rindu muncul cuma bila ada sayang?..betul ke tak kenal maka tak cinta?.rindu tu ada penawar tak? rindu tu boleh dihalang tak? dan bolehkah kita tentukan bila datangnya rindu? aku pun tak tahu.ini semua anugera Allah yg maha bijaksana..manusia adalah sesempurna kejadian..aku pasti yg antara kita semua pernah menghadapi rindu..sekalipun korang yg mungkin antisosial..tak de benda yg nak dikenang, takde benda yg nak dirindu.korang pernah hadapi rindu..cuba ingat balik waktu bila kita terfikirkan seseorang yg tiba-tiba muncul di lubuk hati..ntah kenape la rindu ni..dari dalam hati..



Hijjaz-Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Hati itu sebenarnya naluri kita..korang tentu pernah dengar perkataan kalbu..kalau korang perasan,dalam doa pun ada disebut perkataan ni..ini bermaksud ia tak merujuk kepada memori di otak..tapi ada lagi satu medium yg mampu mengawal diri dan emosi kita..bila korang sakit hati pada seseorang..geram yg terlalu geram..korang akan rasa sesuatu dihati..tu yg dikatakan sakit hati..minda kita membangkang dan naluri kita memberontak..bila kita merindu pulak..kita akan rasa seperti ada sesuatu yg kita harapkan yg lahir dari hati..kadang-kadang kita peluk peluk sesuatu seperti bantal ke ape2 lagi dekat dengan hati kita bila terlalu rindu atau terlalu geram dan sedih,di dada..kenapa ? kenapa tak letak kat kepala ke..letak kat kaki ke..tapi di hati..itulah tandanya naluri kita terletak dibahagian tu..dan kenapa ia dipanggil hati jugak..sebab ia terletak dekat dengan hati dan manusia pun menganggap bahawa perasaan tu adalah dari seketul hati tu..


Dah habis definisi aku pasal hati dan rindu tu..waktu aku taip artikel ni pun..aku teringat kat 'adik' aku..dan tiba-tiba dia call.ape maksudnya tu..aku masih mencari kuasa rindu yg sebenar..dan aku rasa aku perlu mendalami erti naluri dan kalbu yg sebenar..korang kalau ada apa-apa nak berkongsi ngan husz, silakan..mungkin korang ada definisi tersendiri tentang rindu..dan mungkin korang nak citer kejadian kat korang yg menunjukkan kuasa rindu..mari sama-sama berkongsi..



bercakap pasal hati lak..'kau di hatiku', 'namamu terpahat di hati'dll..lafaz-lafaz insan bercinta..di hati?..macam mana kita leh simpan sesuatu di hati..hati kan organ cuma dijadikan allah dari segumpal darah..macam mana ia leh simpan maklumat..tak macam otak yg ada sel-sel yg leh simpan memori..tapi hati tak..cuma penuh dengan darah merah..korang pernah terfikir tak di mana hati kita yg selalu kita sebut-sebut tu..dulu pun aku selalu fikir benda ni..di mana hati kita yg kita guna untuk merindu.mana hati yg terluka bila kita disakiti.mana hati yg kita yg membawa kita menyayangi seseorang..lama juga aku mencari apa itu hati yg sebenarnya..dan akhirnya aku temui jawapan sendiri..aku buat tafsiran sendiri..memang ramai kawan2 aku selalu cakap aku ni suka buat teori atau jawapan sendiri..tak pe lah daripada aku terus tertanya-tanya tanpa jawapan dan terus mendamba sesuatu yg tak pasti..

1 comment:

  1. nice topic..

    rindu mmg seronok..tp kalo la org tu tau kite rindu kt die..kdg2 or ckp kalo kite rindu kt org tu, means die pn rindu kt die..for me..statement ni xmesti btl..
    pape pn..cube kwl rase rindu tu dgn akal..pesan dr kwn saya..kawal rindu dgn akal..bukan dgn nafsu n perasaan.

    ReplyDelete