-sekmen-
Punca utama ketagihan merokok disebabkan Nikotin. bukan sebab sedap makan asap atau lain2. Awal2 perokok memang batuk2 dan xselesa, bila lama2 badan kita dan beradaptasi dgn nikotin, maka mulalah ketagih.
Dengan keluarga pun sama, awal2 kahwin isteri marah2 suruh brhenti merokok, sebab xselesa, sakit kepala bau asap rokok, tapi bila lama2 isteri pun dah biasa, jadi dah tak larang. sebab badan isteri pun dan boleh terima nikotin. -ini bukan tips untuk perokok yg dah berkahwin supaya isteri xmarah, racun tetap masuk dalam badan hari-hari.
Jadi, jangan marah bila anak kita merokok kalau kita pun merokok, sebab badan anak dah selesa dgn nikotin, jadi lagi mudah untuk dia mula merokok di usia muda.
-/sekmen-
Pandangan aku :
Perokok kebanyakannya mula di usia remaja/pelajar, disebabkan pengaruh kawan, iklan, atau kenaifan fikiran bahawa merokok itu macho, cool dan sebagainya. Iklan-iklan rokok selalu tunjuk yang merokok ni nampak hebat, dan pendapat aku ialah, iklan ini ditujukan untuk orang2 yang belum mumayyiz, belum bersunat atau kurang cerdik untuk bezakan buruk baik merokok. Jadi bila dah terjebak, ketagihan ambil alih, waktu tu dah agak terlambat (kononnya la) untuk sedar.
Pernah juga aku dengar kawan2 cuba nasihat perokok, "ko ni merokok sama macam bakar duit tau tak, membazir je". Dan si perokok mesti ada jawapannya, sama ada "ko tak smoking ko xtau", "aku bakar duit aku la, bukan duit ko", "duit banyak sangat tu yg aku bakar skit" dan lain-lain yang sesetengahnya berunsur sinis.
Jadi mari kita cuba bezakan kecerdikan vs kebodohan orang yang merokok yang bernilai RM10 dan orang yang bakar duit RM10.
- Orang Bakar Duit : ambil mancis, bakar duit. habis membazir RM10. tambah sedikit global warming sebab pembakaran terbuka.
- Orang Merokok : ambil mancis, hisap rokok, sedut asap, hembus asap. Habis RM10 utk beli rokok tu. Sedut racun kedalam badan jemput penyakit. Lepas asap orang lain pun kena racun juga. Tambah lagi asap berkali ganda banyak.
Kesimpulannya, dua-dua tak cerdik, tapi yang merokok tu dah jatuh ke tahap bodoh.
Extra, aku tengok majoriti (dalam kurungan, Majoriti ye bukan semua maybe) perokok ni pengotor a.k.a kurang bersih. lepas asap beracun satu hal. tus abu rokok merata satu hal. buang puntung rokok merata lagi satu hal. aku pernah nampak sendiri kat kedai makan yang tak sediakan bekas abu rokok, selamber yaiya tanpa rasa malu dan segan terus buang kat lantai, tengah berasap lagi, sedangkan lantai kedai tu baru lap licin, xde sampah lain. itu satu contoh je, yang lain rasanya anda pun pernah hadapi. tengok je kat divider tengah jalan kat traffic light, berlambak.
kalau berkongsi bilik dengan perokok lagi sakit. asap racun dapat. baju pun habis bau rokok. (pengalaman)
Nak berhenti ke tak nak? - untuk perokok
Hehe.senyum dulu. memang ramai yg cakap susah derrr nak berhenti bila dah start. ok la kita lupakan waktu tak mumayyiz dulu tersilap buat pilihan ketika mula merokok.tapi sekarang...sebelum aku mula aku quote dulu ayat perokok "ko cakap senang la ko tak smoking. boleh la nak pongpang...cuba ko try tengok".
aku ada je jumpa ramai orang yang dah berjaya berhenti merokok, dan kata mereka, ya, kata mereka yg dah berhenti, bukan kata aku, nak berhenti ni atas diri sendiri je. ko nak stop ko buat betul2. sama macam orang nk kurus, kalau xde disiplin, xkemana jugak.
dan banyak produk utk bantu proses berhenti merokok dah ada di pasaran. beli la try produk tu, mahal sikit tak pe sebab skali bayar je, kalau nak banding dgn hari2 merokok sepanjang hidup dah berpuluh ribu habis.
walaupun anda tidak sensitif terhadap diri sendiri, mungkin anda orang soleh amalan dah banyak, sila la fikir orang lain yang jugak terkesan kerana hidu asap rokok anda.
-pause- -ada urusan lain-
renung-renungkan, selamat beramal.
*gambar selamber yaiya je ambik kat google image.
"Ayam berkokok di atas batang, hisap rokok penyakit datang." : Slogan dari poster anti merokok yang pertama aku tengok waktu kecik dulu. Ingat sampai sekarang.
No comments:
Post a Comment