Menu

17 May 2009

Vandalism, misconception atau bodoh? -updated


dipetik daripada Wikipedia,
vandalism : ruthless destruction or spoiling of anything beautiful or venerable
jadi..dah jelas bahawa vandalism tu adalah perbuatan yg buruk, merosakkan dan tak berpendidikan. gambar diatas aku snap di tepi eskalator lrt bukit nenas di mana ada sticker bertulis
VANDALISM : THE EXPRESSION OF LIFE
dan disebelahnya macam2 contengan yg melihatkan kebodohan manusia yg kononnya sedang mengekpresikan kehidupannya (yg bodoh). masa dalam monorail, aku ternampak didinding bangunan sebelah imbi plaza, berderet graffiti yg dilukis secara profesional dan sah.mcm tu baru la bijak dan kreatif.

+Baca Lagi...

Semasa melalui eskalator lrt tu, aku ada juga bebel kat teman sebelah aku, "tengok la ni, kalau ye pun nak kenalkan team ke, band ke, geng ke, tak yah la nak sakitkan mata org lain. guna la cara yg bagus skit.". mmg banyak betul conteng2 mcm tu.konon graffiti la tu. tu bukan graffiti la bongok, tu namanya tak mengaji. ko pegi la join mana2 komuniti graffiti, ko tunjuk la kat situ.banyak lagi pro yg bersedia nak ajar ko.jadi la tukang graffiti yg mengaji.tunjuk la bakat kat tempat yg betul, baru la dipanggil kreatif instead of stupid.

ini tidak, dah la conteng sana sini, Vandalism, pastu nak cakap perbuatan tu betul pulak, expression of life konon, blah la oi..tak vandalism pun ko boleh sempoi la oi..peduli ape ko hiphop ke, punk ke, grunge ke, ape2 ke,jadi la geng yg pro..pro tu profesional, bukan prosak. faham?



ni contoh grafiti yg berfaedah dan bukan bodoh. aku jmpa kat KLCC. mcm ni baru la pro, bukan sekadar conteng dindind, tp dibayar. apa lagi lu mau? stakat nak kotorkan dinding xpayah la, buat grafiti mcm ni la baru ko bleh ckp Expression of Life.

congratezo kepada sape yg buat grafiti kat KLCC tuh.cun.

4 comments:

  1. saya tibe tibe terjumpa blog saudara. hebat. salam perkenalan.

    salam-sejahtera.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga.
    datang le lagi ye..
    singgah minum kopi.

    ReplyDelete
  3. kadang2 grafitti ni melambangkan kawasan sesuatu team atau group kat situ. area diorang la kot.

    ada lagi grafitti yang cun dekat cm. boleh tengok masa naik lrt.

    wonder how they gonna create those things. awesome.

    ReplyDelete
  4. Wah, lambang dalam sticker ni lah yang Azlan And The Typewriter pakai mase konsert haritu. Cun giler, nak beli T-Shirt ni. Brader, lu ade jual tak T-Shirt Vandalism ni?

    ReplyDelete