hoi...hoi org Islam yg menyambut April Fool pada 1 April. bodoh ke kau? hah? kau tahu tak dari mana datangnya sambutan April Fool tu? main sambut je.org buat ko buat.org sambut ko sambut.bodoh.!
aku tulis post ni khas utk org bodoh yg sambut april fool.atau juga utk org yg x alert apa itu april fool.sila pahamkan.korg tau kan april fool tu kita bodohkan org pastu ckp "Aprill fooooll.!!!"...sebenarnya org yg buat tu yg fool.!
Di sini aku kongsikan skit kisah yg aku dapat...sila baca dan pahamkan...
Nilai sendiri kenapa kita sambut jugak.adakah kita bodoh?
+Baca lagi kalau nak tau...
Asal Usul Sambutan April Fool :
Fool’s Day atau April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang telah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Ia telah jatuh ke tangan tentera-tentera Kristian. Akibatnya penduduk-penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan di mereka. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha menghapuskan semua orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan mereka ini ada yang mempercayai dan tidak kurang pula ada yang risau sekiranya tawaran tersebut hanya merupakan satu penipuan semata-mata. Maka mereka yang mempercayainya tanpa berlengah-lengah telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk-penduduk Islam ini. Mereka tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar manakala orang-orang Islam yang berada di sekitarnya telah dibunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan pada setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia di mana ia juga banyak diabadikan dalam bentuk perayaan-perayaan yang lain secara tidak langsung. Yang menyedihkan, hari ini orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa itu turut meraikan April Fool tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara mereka sendiri.
dah.dah paham dah? so nak sambut lagi pasni? kalau sambut lagi korg mmg buta kayu la.yg pasal valentine pun sama.pandai2 la cari sendiri eh.klu ada sambutan pa pe, pahamkan la dulu, jgn main ikot je.jgn jadi bodoh dah ye.
betul3...
ReplyDeleteaku pernah baca artikel pasal sejarah April Fool...
itulah barat,mereka gunakan kaedah halus camni...
dan golongan muda macam kita ni yang kebanyakannya terpengaruh...
tahu x asal usul liverpool? huhu..x kena ngan tajuk. saja nk nyibuk..
ReplyDeleteLiyana > yep.betul betul.aku baru start tengok series the arrival.hehe.tu yg bersemangat tuh.
ReplyDeletefiquer > hah.ape citer pulak liverpool.cepat la citer..
ReplyDeleteaku baru tau pasal The Arrival pun dari Zaki...
ReplyDeletepatutnya aku dah ada dvd yang Zaki tolong 'burn'kan...
atas sebab2 tertentu, aku kena tunggu dulu sampai exam habis...
tapi sebab excited, aku tengok gak beberapa siri versi youtube...
gila ah, seram pulak bila tau kebenaran benda2 camni...
kalau bercerita pasal siri2 yang ada dalam The Arrival...
memang takkan habis...
a'a..aku dah dgr lama dah pasal freemason ni, dulu kat mastika pun pernah kuar.tp xnmpak sgt dia punyer fungsi.tgok the arrival tu baru giler2 punye tekejut.
ReplyDeleteperrgghhhh..
liyana, nanti aku bagi k.. sekang fokus kepada exam dulu ye :)
ReplyDeletemasa hal freemason ni kuar kat mastika, aku macam tak amik kesah sangat. satu, pasal it's mastika, dua.. er.. malas nak baca. he~ lagi2 kalo mastika yang tulis. sorry, aku ada masalah dengan mastika :D
Zaki...
ReplyDeleteye, aku tau le ko dah cakap dah hari tu kan...
lagipun aku sendiri yang setuju ko bagi pas aku habis exam...
cuti ni tak pasal2 diisi dengan menonton The Arrival...