Menu

23 March 2009

Mati, bersediakah kita?

Pada 21hb lalu, hari sabtu, bertempat di main auditorium kuliyyah of science, telah diadakan kursus pengurusan jenazah sebagai salah satu modul halaqah. Kesimpulan, kursus ini sangat berguna.!

dalam kursus ini, diajar dan didemonstrasi cara menguruskan jenazah.sgt menarik.aku tau ustaz yg sampaikan lecture tu berpengalaman.enjoy.ustaz tu selitkan jgk unsur kelakar. tapi, yg aku agak tak puas hati, agak kecewa dan agak takut, ramai yg mengambil peluang utk berloyar buruk, bergura2 hal mati dan jenazah ni.mmg banyak yg agak mencuti hati dgn cara ustz tu bercerita dan sukarelawan yg buat demo tu, tp ramai yg kat blakang aku menambah mcm2.bergurau dgn kematian? hmmm..tak takut ke? tahu ke mati tu ada dimana2? tak boleh dipercepat, tak boleh ditangguh walau satu saat? aku tahu.tp aku slalu lupa.mgkin mereka pun mcm aku.

+ Baca Lagi...



mulanya aku pergi ke kursus ni adalah atas sebab 'compulsary' iaitu wajib hadir kerana kehadiran akan diambil.aku pun membawa diri masuk ke audi tu.tp, bila dah mula tu, aku terkedu, aku menyesal kerana terfikir utk tidak datang.aku rasa beruntung kerana sudah datang.kenapa? wahai manusia, wahai kawan ku, wahai muslim, wahai kawan yg membaca blog ku..bersediakah anda, bersediakah kita utk menghadapati mati? tahukah anda ajal boleh menjemput anda pada bila2 masa? secara jujurnya, kursus ini menepuk bahuku seperti seseorang menyapa. "husz, ingatlah mati". Ya Allah.sebagai manusia, sebagai seorang muslim, dan bekas pelajar sekolah agama selama 5 tahun, aku rasa tersangat rugi.aku masih perlu bimbingan.aku perlu someone pimpin aku.sbb aku selalu terdorong oleh syaitan dan nafsu.aku lalai.aku pelupa.bila kursus ni,aku terkedu.aku insaf.aku tersentak.tp bila ngan kwn2, ngan teman, ngan masyarakat sekeliling, aku kembali sesat.bila tulis post ni, aku kembali ingat.aku kembali sedar.kembali insaf.oh..manusia..oh husz...ternyata kau langsung tidak ada persediaan utk menghadapi maut.

seorang sahabat aku pernah berkata, beradalah dlm komuniti muslim, berkawan la dgn 'org surau', jgn menjauhi majlis ilmu dan mcm2 lagi. kenapa? bila dlm komuniti muslim, org sekeliling akan menginatkan tatkala kita lupa.brkwan ngan org surau, bila kte berkawan ngan pnjual minyak wangi, kta akan terlekat jgk sikit harumannya.aku rindu pulak suasana skolah menengah.aku dahulu, seorang yg lantang memberi tazkirah di mimbar surau.aku dahulu, seorang ahli badan dakwah dn kerohanian.aku dulu, seorang penggerak pelajar2 asrama ke surau di subuh hari, aku dulu..aku malu dgn aku kini bila sebut smuanya kembali.aku kini? ah..jauh..jauh..

korang tau apa yg aku fikirkan skrg? aku bersyukur. aku tau Allah masih sayangkan. beri peluang kepada aku. aku masih dapat sedikit hidayah utk sedar walaupun kerap kali lupa.aku kenal beberapa kwn yg sudah ditarik sedikit hidayahnya.dia xboleh dgr nasyid.dia xsenang dgn bacaan al-quran.dia xboleh duduk dlm majlis ilmu.dia mencemuh pakaian berciri islamik.dia itu.dia ini.ah..aku..salahkan org saja.aku? ya Allah...kekalkan dan tambahkanlah hidayahmu padaku.




4 comments:

  1. husz...
    sesungguhnya aku pun insaf gak masa ada dalam audi tu...
    sekarang ni ajal tak mengenal usia...
    mana tau, anak pergi dahulu dari ibu bapanya...

    kadang2 aku pernah terfikir(sebelum program ni)...
    kuatkah aku menghadapi saat perpisahan dengan seseorang yang sangat rapat dengan aku???
    aku bukan meminta cuma setiap dari kita akan pergi jua menghadap Dia...
    dan aku tak sanggup hadapinya bila suatu hari ia akan terjadi dalam keluarga aku...

    btw, ada kesalahaan ejaan kat perenggan 1...
    bukan jenayah tapi jenazah...

    ReplyDelete
  2. tenkui.aku dah betulkan ejaan.

    ada idea tak utk kita constant kan kesedaran kita?

    ReplyDelete
  3. Byk2kan lah beribadah..

    "beribadahlah seolah-olah akan mati keesokkan hari, bekerjalah olah-olah hidup seribu tahun lagi."

    ReplyDelete
  4. baguslah kamu sudah sedar..

    benar ajal itu bila2..ntah lepas ni atau esok atau lusa..kita tak tau..

    perbaikilah diri..
    kdg2 matlamat tak menghalalkan cara..
    saya sebagai seorang shbat menyeru saudara supaya menjauhi "couple" dan sebagainya...


    sayang saudara sebagai pelajar sekolah agama selama 5 thn dan segalanya yang saudara sebutkan di atas...
    syg sgt2..kembali lah ke pangkal jalan..


    kalau ad jodoh tak ke mana...
    wallahu'alam

    ReplyDelete